Korea Utara mahu berunding?
Pyongyang akhirnya mahu berbincang dengan Seoul.
PYONGYANG - Korea Utara, semalam, mengemukakan cadangan rundingan bersama Korea Selatan bagi memulih beberapa projek komersial termasuk zon industri Kaesong yang ditutup sewaktu konflik awal April lalu.

Dipetik Al-Jazeera, susulan penutupan itu, lebih 50,000 pekerja dari Pyongyang dilaporkan hilang pekerjaan.

Media Pyongyang melaporkan, kerajaan bakal memulihkan beberapa saluran komunikasi yang terputus sebelum ini jika Korea Selatan bersetuju dengan tawaran rundingan itu.

Sementara itu, Kementerian Penyatuan Korea Selatan berkata, Seoul menerima tawaran tersebut selain berharap hubungan dapat dieratkan dengan lebih baik.

Dalam perkembangan lain, Jawatankuasa Penyatuan Aman Korea di Pyongyang turut mengusulkan perbincangan damai bagi membuka semula operasi lawatan resort pergunungan dan pertemuan keluarga sebagai kemuncak penyatuan 2000 pemimpin mereka.

Terdahulu, cadangan yang sama pernah dikemukakan Seoul tetapi ditolak Pyongyang.