Wednesday, July 31, 2013

Berkabung 8 tentera maut di tangan militan


Tunis: Tunisia berkabung ekoran pembunuhan lapan tentera negara itu di tangan militan ketika rayuan kerajaan supaya perpaduan dikekalkan gagal mengekang protes ganas.

Pada masa sama tekanan terhadap kerajaan dikuasai parti Islam juga kian meningkat apabila Menteri Dalam Negeri Lotfi Ben Jeddou mempertimbangkan cadangan untuk meletak jawatan. Lapan tentera terbabit ditemui mati dikelar selepas diserang sekumpulan penyerang bersenjata di Gunung Chaambi dekat sempadan Algeria.


Mereka sebahagian daripada anggota tentera yang sedang melaksanakan tugas menjejas militan al-Qaeda. Pembunuhan itu mencetuskan protes di bandar Kasserine dan sejumlah pejabat parti Islam sederhana Ennahda diselongkar. Terdahulu Presiden Moncef Marzouki menyeru rakyat Tunisia kekal bersatu, manakala Perdana Menteri Ali Larayedh mengumumkan pilihan raya umum akan diadakan Disember ini. Kebanyakan rakyat Tunisia dilaporkan mahu kerajaan sedia ada berundur kerana mereka percaya bertanggungjawab atas pembunuhan tokoh pembangkang Mohamed Brahmi.

Sementara itu, Lotfi berkata, dia mahu melihat kerajaan perpaduan dibentuk di Tunisia secepat mungkin. - AP

No comments:

Post a Comment