Wednesday, July 31, 2013

Taliban bebaskan 250 banduan


Peshawar: Berpuluh-puluh anggota Taliban yang lengkap bersenjata membebaskan hampir 250 orang tahanan termasuk militan tegar dalam serangan rumit ke atas sebuah penjara malam kelmarin.

Sumber keselamatan berkata, seramai 13 orang terbunuh dalam kejadian di bandar Dera Ismail Khan itu.


Katanya, anggota Taliban turut menggunakan mortar, pelancar grenad dan bom menyasarkan penjara itu dan membebaskan tahanan selepas bertempur kira-kira tiga jam.

“Serangan itu dilakukan penyerang yang mahir menggunakan senjata dan menyamar sebagai anggota polis,” katanya. Kata sumber berkenaan, penyerang dapat mengalahkan anggota keselamatan dengan mudah.


Pegawai kanan kerajaan, Mushtaq Jadoon berkata, 248 banduan melarikan diri dan 30 daripada mereka dianggap militan tegar. - AFP

No comments:

Post a Comment