Wednesday, July 31, 2013

PEMIMPIN DAN AKTIVIS ISLAM TERUS DIBURU DAN DITANGKAP, TUDUHAN DIREKA



Esom Sultan adalah mangsa terbaru yang ditahan oleh pihak berkuasa Mesir pagi semalam bersama-sama dengan Presiden parti, Ir.Abul 'Ela Madhi yang sememangnya bermotifkan politik. Kedua-dua mereka diperintah oleh mahkamah untuk ditahan reman selama 15 hari bagi disoalsiasat oleh pihak pendakwaraya. 

Tiada apa-apa pertuduhan jenayah berat yang boleh disabitkan dengan mereka kecuali pertuduhan yang direkacipta untuk terus menutup mulut pemimpin parti-parti Islam di Mesir.

Berdasarkan dakwaan yang dihadapkan kepada Sultan ialah bertanggungjawab membunuh, membakar pejabat-pejabat kerajaan, menangkap serta menyeksa mangsa yang terdiri dari rakyat Mesir di dataran Raba'ah.

Pelik kerana bagaimana boleh dikaitkan Esom Sultan yang membunuh dan menyeksa rakyat di dataran Raba'ah sedangkan pendirian Parti Wasot ialah bersama-sama rakyat di Raba'ah menolak rampasan kuasa.

Yang membunuh rakyat yang keluar secara aman tanpa membawa senjata di Raba'ah ialah polis. Yang membunuh umat Islam yang sedang solat Subuh di hadapan Bangunan Pengawal Republik pagi 8 Julai lalu ialah askar. Tetapi kenapa yang disiasat ialah pemimpin parti Islam seperti Wasat?

Sebetulnya, 'kesalahan besar' Esom Sultan kerana menjadi salah seorang anggota Panel Penggubal Perlembagaan 2012 yang dituduh sebagai "Perlembagaan Ikhwan" tahun lepas walaupun hakikatnya, beliau dipilih atas dasar kelayakan beliau sebagai seorang peguam.

Sepertimana pertuduhan yang dihadapkan kepada 8 orang pemimpin Ikhwan Muslimin yang masih belum dibebaskan waktu ini antara mereka bekas Mursyidul Am Syeikh Mahdi 'Akif dan Presiden Parti Rayah (Salafi) Syeikh Hazim Abu Ismail. Tuduhan sama iaitu "merancang dan menggalakkan pembunuhan kepada penunjuk perasaan". Apakah yang dimaksudkan dengan "merancang dan menggalak"? "Galakkan" yang memberi kepada para penyokong mereka dengan semangat jihad fi sabilillah dan mati syahid? Adakah kerana memberi semangat dengan jihad dan syahid yang merupakan cita-cita tertinggi mereka ini maka ia dianggap salah di sisi pemerintah toghut hari ini?

Seterusnya, kita bakal saksikan lebih ramai pemimpin parti dan pertubuhan Islam (bukan hanya Ikhwan) yang akan ditangkap selepas ini.

via: Akhukum Abdul Malik

No comments:

Post a Comment