Wednesday, July 31, 2013

Menteri Perancis mahu Mursi dibebaskan


Paris: Menteri Luar Perancis menuntut kerajaan sementara Mesir membebaskan Mohamed Mursi dan menganggap keadaan di negara itu “sangat kritikal” selepas berlaku pertumpahan darah di Kaherah.

Laurent Fabius berkata, Perancis mengutuk keganasan yang berlaku di negara itu sejak tentera melakukan rampasan kuasa terhadap Mohamed Mursi.


“Kami menyeru diadakan dialog dan Mohamed Mursi dibebaskan,” katanya. Selain Mohamed Mursi, Perancis juga mahu semua tahanan politik di Mesir dibebaskan. Kenyataan itu dibuat ketika pegawai kanan Kesatuan Eropah melawat Mesir dan mengadakan pertemuan dengan Mohamed Mursi. Fabius dijadual berbincang dengan pegawai terbabit melalui telefon hari ini. - AFP

No comments:

Post a Comment