Monday, July 8, 2013

Pengikut Naqsyabandiah mula berpuasa semalam


Padang: Pengikut jemaah Tarekat Naqsyabandiah di sini dan beberapa daerah lain di Sumatera Barat mula menjalani ibadah puasa Ramadan semalam.

Mereka dilapor menunaikan solat Tarawih berjemaah di beberapa surau di kawasan terbabit kelmarin.


Guru tarekat berkenaan di Surau Baru Padang, Zahar berkata, keputusan untuk memulakan puasa lebih awal diambil selepas usaha menetapkan 1 Ramadan dilakukan dengan pengamatan bulan atau rukyah sebanyak tiga kali sepanjang bulan Syaaban.

Beliau juga menjelaskan, penetapan awal ibadah itu juga berdasarkan cara Hisab Munjid yang diajar Sheikh Haji Muhammad Tayib sejak 1906 lagi.


“Penetapan dilakukan dengan teliti menggunakan penghitungan kalendar Hisab Munjid. Dalam kalendar itu jumlah hari hanya ada 29 atau 30. “Kalau pada penghitungan sebanyak 360 hari, maka awal puasa tepatnya pada 7 Julai 2013. Jemaah melakukan solat Tarawih pada Sabtu 6 Julai. “Cara ini diamalkan secara turun-temurun dan dipelajari di Makkah oleh ulama terdahulu,” kata Zahar.


Di Padang, pengikut tarekat itu banyak didapati di daerah Pauh, Lubuk Kilangan, Lubuk Begalung, Kota Tengah dan Kuranji. Kumpulan Islam kedua terbesar di Indonesia, Muhammadiah akan mula berpuasa esok sementara Nahdlatuil Ulama, kumpulan Islam terbesar negara itu akan menetapkannya selepas melihat anak bulan hari ini. - Agensi

No comments:

Post a Comment