Monday, July 8, 2013

Populasi semakin tua risaukan Brunei


Bandar Seri Begawan: Kemerosotan dalam pertumbuhan penduduk dan populasi yang semakin meningkat usia seperti yang terkandung dalam laporan bancian mencetuskan kebimbangan kepada pihak berkuasa Brunei.

“Yang paling membimbangkan ialah kekurangan tenaga kerja,” kata Abdul Hamin Haji Hashim, Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Perancangan dan Pembangunan Ekonomi (JPKE).


Menurutnya, penurunan pertumbuhan populasi daripada 2.5 peratus dari 1991 hingga 2001 kepada 1.7 peratus antara 2001 hingga 2011 akan memberi kesan ketara terhadap sosio ekonomi negara itu.

Menurutnya, statistik yang dikeluarkan jabatan berkenaan kelmarin adalah bukti bahawa sebahagian besar penduduk Brunei sudah berusia dan keadaan tersebut akan memberi kesan terhadap kos penjagaan kesihatan serta kebajikan.


Hasil bancian yang dijalankan dari Jun hingga Julai 2011 itu menunjukkan jumlah penduduk Brunei seramai 393,372 orang, terdiri daripada 203,144 lelaki dan 190,228 perempuan. - AFP

No comments:

Post a Comment