Sunday, August 4, 2013

3 lagi terkorban di selatan Thai

PATTANI 2 Ogos - Seramai tiga orang terkorban dalam siri keganasan di wilayah selatan Thailand, hari ini.
Beberapa letupan menggegarkan bandar Narathiwat, Pattani dan Yala serta dua daerah di wilayah Songkhla, mengorbankan seorang askar dan mencederakan kira-kira 10 yang lain, kata pegawai keselamatan.
Di daerah Rangae, wilayah Narathiwat, kira-kira 845 kilometer ke selatan Bangkok, kumpulan pemisah melepaskan tembakan dan membunuh dua pengawal sukarela yang mengiringi guru-guru pulang ke rumah mereka dari sekolah.
Serangan terancang itu berlaku tiga minggu selepas kerajaan Thailand dan wakil kumpulan pemisah bersetuju menghentikan serangan ganas di wilayah itu sepanjang bulan Ramadan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130803/lu_07/3-lagi-terkorban-di-selatan-Thai#ixzz2b05XVzs4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment