Thursday, August 15, 2013

Bekas menteri Indonesia dituduh rasuah RM2.1j

Berita Harian | Bekas menteri Indonesia dituduh rasuah RM2.1j:
Jakarta: Seorang bekas menteri Indonesia ditangkap tengah malam tadi kerana disyaki menerima rasuah berjumlah AS$700,000 (RM2.1 juta) dari sebuah syarikat minyak dan gas. Beliau adalah bekas Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral (ESDM) Indonesia, Rudi Rubiandini 

Laporan menyebut sepasukan pegawai Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia melakukan tangkapan dan menyita beberapa barangan bukti termasuk sejumlah wang dolar Amerika serta beberapa dokumen dari kediamannya di Jalan Brawijaya, Jakarta Selatan. 
Rudi, yang kini menyandang jawatan Ketua Pasukan Petugas Pelaksanaan Kegiatan Huluan Minyak dan Gas Bumi (SKK Migas) Indonesia, disyaki dua kali menerima rasuah dari syarikat berkenaan sebanyak dua kali iaitu AS$300,000 (RM900,000) pada bulan Ramadan lalu dan AS$400,000 (RM1.2 juta) lagi selepas perayaan Aidilfitri, menjadikan jumlah wang yang diterimanya AS$700,000. 


Beliau menyandang jawatan Timbalan Menteri ESDM selama tujuh bulan mulai pertengahan tahun 2012 sebelum dilantik sebagai Ketua SKK Migas pada pertengahan Januari lalu. 

Belum terima laporan 

SKK Migas ialah agensi yang mengambil alih peranan Badan Pelaksanaan Kegiatan Huluan Minyak dan Gas (BP Migas) Indonesia yang dibubarkan oleh keputusan Mahka-mah Konstitusi Indonesia kerana kewujudannya didapati tidak berperlembagaan. 

Rudi, yang juga seorang ahli akademik, sebelum ini pernah menjadi Penasihat Pakar kepada Ketua BP Migas pada 2009-2010 dan Timbalan Ketua Pengendalian Operasi BP Migas pada 2011-2012. 
Banyak tokoh nasional hari ini menyatakan rasa terkejut de-ngan berita penangkapan Rudi. 

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sehingga hingga pagi Rabu belum menerima laporan daripada Menteri ESDM, Jero Wacik mengenai penangkapan Rudi. 

BERNAMA 
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment