Thursday, August 15, 2013

Masjid baharu di Colombo ditutup

Masjid baharu di Colombo ditutup:
Beberapa orang anggota polis meredakan beberapa orang penduduk yang membawa kayu swemasa rusuhan antara penduduk Hindu dan Islam berhubung pembinaan masjid baru di Colombo, semalam. - Reuters
COLOMBO 13 Ogos - Pemimpin Islam Sri Lanka bertindak menutup sebuah masjid baharu, di sini semalam selepas satu serangan oleh kumpulan lelaki beragama Buddha ke atas masjid itu, berikutan meningkatnya semula ketegangan agama di negara tersebut.
Majlis Islam Sri Lanka berkata, pihaknya bersetuju menutup masjid tersebut di Grandpass dan berpindah ke masjid lama yang sebelum ini ditutup dan akan dimusnah di bawah rancangan pembangunan di ibu negara ini.
''Kami mencapai kata sepakat malam tadi. Kerajaan akan membatalkan arahan untuk mengambil balik tanah masjid lama dan memberikan lebih banyak tanah serta membantu menaik taraf dan pembaikan masjid tersebut.
''Maka hari ini, kami tidak akan ke masjid baharu lagi,'' kata Presiden majis itu, N. M. Ameen.
Kumpulan lelaki Buddha menyerang masjid baharu tersebut termasuk membaling batu ke arah bangunan berkenaan pada hujung minggu lalu menyebabkan empat orang cedera.
Pergaduhan turut berlaku sehari kemudian, walaupun polis berkawal di kawasan perumahan tersebut,
Keganasan berkenaan bermula pada Mac lalu, selepas sekumpulan penganut Buddha menyerang premis perniagaan milik penganut Islam di luar Colombo.
Dalam kejadian terbaharu itu, penganut Buddha membantah pembinaan masjid baharu tersebut yang terletak berdekatan sebuah kuil Buddha, walaupun pembinaannya adalah bagi menggantikan masjid lama yang akan diruntuhkan bagi pembangunan kawasan tersebut. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130814/lu_11/Masjid-baharu-di-Colombo-ditutup#ixzz2bzdWDIVY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment