Thursday, August 15, 2013

Operasi tentera dirancang rapi, gempur dari semua penjuru



KAHERAH 14 Ogos - Tindakan menggempur dua buah kem utama penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi di sini, merupakan satu operasi yang dirancang rapi.
Pasukan keselamatan bersama kereta perisai, jentolak, helikopter beserta penempak tepat dilapor mula menggempur para penyokong Mursi seawal pukul 7 pagi waktu tempatan dengan serangan bertubi-tubi dilakukan dari semua penjuru.
Seorang penyokong bekas Presiden itu, Saleh Abdulaziz, 39, berkata, helikopter yang berlegar-legar menggugurkan gas pemedih mata, sementara jentolak merempuh sekatan jalan raya yang dibina mereka.
"Pasukan keselamatan tetap melepaskan tembakan ke arah orang ramai walaupun ada di antara kami yang merayu," katanya yang mengalami kecederaan.
Keganasan yang berlaku turut merebak ke beberapa lokasi lain termasuk bandar-bandar di Delta Nil iaitu Minya dan Assiut, Iskandariah di utara Mesir, Fayoum di selatan Kaherah serta di Suez.
Operasi tersebut bagaimanapun gagal menggentarkan penyokong Mursi kerana tujuh jam selepas operasi dilancarkan, orang ramai terus berkumpul di jalan- jalan sambil mengibarkan bendera sambil tentera cuba menyuraikan mereka. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130815/lu_04/Operasi-tentera-dirancang-rapi-gempur-dari-semua-penjuru#ixzz2bzbc2yzl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment