Friday, August 16, 2013

Penyokong Mursi lancar serangan balas


KAHERAH 15 Ogos - Kumpulan penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi melancarkan serangan ke atas anggota pasukan keselamatan, menyebabkan dua anggota polis dan empat anggota tentera maut.
Menurut pegawai keselamatan, seorang anggota polis berusia 21 tahun maut ditembak di dada dan lengan di bandar al-Arish di Sinai Utara, manakala seorang lagi anggota polis maut diserang di tengah bandar Assiut.
Empat anggota tentera turut ditembak mati di Sinai Utara.
Dalam pada itu, penunjuk perasaan menggempur dan membakar ibu pejabat kerajaan di Giza di sini.
Siaran televisyen CBC menunjukkan api marak di dalam bangunan tersebut dan orang ramai cuba memadamkan kebakaran.
Di Iskandariah, beratus-ratus penyokong Mursi membanjiri jalan-jalan utama sambil melaungkan sokongan terhadap bekas Presiden itu.
Situasi sama turut berlaku di wilayah Beni Sueif. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130816/lu_05/Penyokong-Mursi-lancar-serangan-balas#ixzz2c5jcXasp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment