Friday, August 16, 2013

Polis Bangladesh, penunjuk perasaan bertempur


DHAKA 15 Ogos - Seorang lelaki terbunuh dan 10 lagi cedera apabila polis bertempur dengan penyokong Parti Jamaat-e-Islami dalam satu tunjuk perasaan, di sini semalam.
Media tempatan melaporkan, mangsa yang terkorban merupakan aktivis parti tersebut.
Keganasan itu tercetus apabila pasukan polis cuba meleraikan penunjuk perasaan yang merosakkan kenderaan dan membaling batu ke arah polis.
Sejak semalam, Jamaat-e-Islami menggesa penyokongnya mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah tindakan kerajaan melarang parti itu menyertai pilihan raya umum pada tahun depan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130815/lu_07/Polis-Bangladesh-penunjuk-perasaan-bertempur#ixzz2c5is7yNy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment