Tuesday, August 5, 2014

Azmin minta Saifuddin lebih bertanggungjawab


2014/08/05 - 06:06:16 AM
Kuala Lumpur: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali meminta Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasuiton Ismail lebih bertanggungjawab dan merujuk kepada beliau sebelum membuat sebarang kenyataan.

Mohamed Azmin membuat kenyataan berkenaan dalam akaun Facebooknya, selepas beberapa jam sidang media Saifud-din yang mengemukakan nota penjelasan lebih 40 muka surat mengenai salah guna kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kepada kepimpinan tertinggi PKR, DAP dan PAS.


Tindakan Saifuddin itu dikatakan berikutan keengganan Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar untuk digantikan dengan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mohamed Azmin menulis ringkas ‘Saifuddin Nasution (@saifnasution) tolong lebih bertanggungjawab dan cermat dalam membuat kenyataan. Wajar rujuk saya terlebih dahulu.’


PAS tak campur urusan

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, ketika dihubungi berkata parti terbabit tidak mahu mencampuri urusan dalaman PKR dan mendakwa pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung pendedahan Saifuddin.
Katanya, pihaknya akan membuat pendirian berhubung kemelut peletakan jawatan Menteri Besar Selangor itu minggu depan selepas parti terbabit mengadakan mesyuarat yang turut sama membincangkan masalah berkenaan.

No comments:

Post a Comment