Tuesday, August 5, 2014

Biaya aset RM67 juta


Kuala Lumpur: PETRONAS akan membiayai RM67 juta bagi penyediaan sonar imbasan dan kapal sokongan marin untuk operasi mencari dan mendapatkan semula (SAR) pesawat MH370 Penerbangan Malaysia yang hilang.

Syarikat minyak nasional itu dalam kenyataannya berkata, kelengkapan pencarian dalam air dan kapal sokongan itu akan digunakan bagi pencarian laut dalam.



“Kedua-dua aset ini, yang dibekalkan oleh DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd akan menyertai pencarian di bawah pendekatan kelengkapan disediakan kerajaan di mana syarikat Malaysia adalah sebahagian daripada sumber untuk membiayai operasi SAR.

“Sebelum ini, PETRONAS membenarkan penggunaan kapal geo-hazard survey miliknya, MV Teknik Putra, antara 10 dan 16 Mac 2014, bagi operasi pencarian awal pesawat yang hilang itu di Laut China Selatan,” katanya di sini, semalam.


Kapal itu kini kembali melakukan tugas-tugas rutinnya selepas misi berkenaan selesai.-BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/05

No comments:

Post a Comment