Tuesday, August 5, 2014

Polis buru 4 suspek kes samun, rogol


2014/08/05 - 05:58:46
Georgetown: Polis kini memburu empat lelaki dalam kes samun dan rogol seorang wanita ketika mangsa bersama rakannya berehat di hentian Jambatan Pulau Pinang, awal pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan, berkata pihaknya sudah mengenal pasti suspek dan memperoleh beberapa maklumat tambahan berhubung kes terbabit.


“Dalam kes ini, kita sedang mengumpul beberapa bukti dan maklumat melalui pelbagai sudut yang dilihat boleh membantu siasatan,” katanya, semalam.


Berpura-pura tanya arah

Dalam kejadian pada jam 3.30 pagi itu, mangsa yang berusia 22 tahun bersama rakan lelakinya yang juga seorang ahli perniagaan berusia 46 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Seberang Prai sebelum berhenti rehat di hentian berkenaan.

Mereka didatangi empat lelaki yang pada mulanya ingin bertanyakan arah jalan namun mereka menyerang kedua-dua mangsa terbabit.
Empat suspek itu kemudian menculik mangsa dan melarikan kereta Hyundai Elantra rakan lelakinya dengan menuju ke kawasan terpencil di Sungai Dua, Butterworth.

No comments:

Post a Comment