Monday, August 25, 2014

Jen Prayuth terima titah Diraja sebagai PM esok


24 Ogos 2014


BANGKOK - THAILAND . Panglima tentera Thailand Jen Prayuth Chan-ocha akan menerima titah Diraja untuk secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand ke-29 pagi esok.
 
Upacara itu yang akan berlangsung di markas tentera dijadual disiarkan secara langsung pada 10.20 pagi oleh stesen Radio dan Televisyen (saluran TV5) Tentera Diraja Thai, kata pejabat media tentera.
 
Prayuth dipilih oleh anggota Dewan Perundangan Nasional Khamis lepas.
 
Thailand dijangka mempunyai kabinet penuh pada September tetapi negara itu masih diletakkan di bawah undang-undang tentera.
 
Prayuth menyatakan bahawa negara itu akan ditadbirkan oleh junta tentera di bawah Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) dan kerajaan sementara yang baharu.

Prayuth ialah ketua NCPO.
 
Tugas yang menanti adalah menghidupkan semula ekonomi untuk pertumbuhan yang kukuh dan melaksanakan reformasi yang akan membuka jalan bagi negara itukembali kepada pemerintahan demokrasi.
 
Satu lagi tugas adalah menyambung semula usaha damai di selatan negara itu yang terbantut akibat pergolakan politik dan diikuti rampasan kuasa.
 
Pergolakan politik yang melanda Thailand sebelum pampasan kuasa tentera telah meninggalkan kesan, menyebabkan ekonomi menguncup sebanyak 0.1 peratus pada pertengahan pertama tahun ini.
 
Ia juga memberi kesan dalam konteks mengorbankan nyawa dan di Bangkok sahaja, 25 orang terbunuh dan 807 cedera antara 30 November, 2013 hingga 22 Jun, 2014 akibat pergolakan politik, menurut Pusat Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Erawand di bawah Pentadbiran Metropolitan Bangkok. - Bernama

No comments:

Post a Comment