PARIS - PERANCIS. Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls dilaporkan telah meletak jawatan dan Presidennya, Francois Hollande telah mengeluarkan arahan agar Kabinet baru dibentuk, hari ini.

Memetik laporan BBC, kerajaan itu mengalami krisis yang agak teruk semalam ekoran kecaman yang dibuat Menteri Ekonominya, Arnaud Montebourg mengenai hala tuju ekonomi negara tersebut dan sekutunya, Jerman.

Sejurus selepas Manuel meletak jawatan, Francois mengeluarkan kenyataan.

“(Ia) Selari dengan arah tuju yang telah ditetapkan untuk negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut mendakwa Arnaud telah melanggar ‘garisan kuning’ apabila menteri itu menyerang langkah-langkah penjimatan yang dikatakan telah menjerut perkembangan ekonomi Perancis.

Sabtu lalu, Arnaud berkata kepada akhbar Le Monde bahawa Jerman terperangkap dalam dasar penjimatan yang dikenakan di seluruh Eropah.

Beliau disokong Menteri Pendidikan, Benoit Hamon yang kebetulan mendapat sokongan Menteri Budaya, Aurelie Filippetti.