Saturday, August 16, 2014

Konvoi kemanusiaan Rusia diperiksa Ukraine


SEBAHAGIAN trak Rusia yang menyertai konvoi membawa bekalan bantuan ke Ukraine, ditempatkan di sebuah kem berhampiran Kamensk-Shakhtinsky, di wilayah Rostov yang bersempadan dengan Ukraine, kelmarin. - REUTERS
KAMENSK-SHAKHTINSKY, Rusia 15 Ogos - Berpuluh-puluh buah kereta kebal Rusia ditempatkan di sempadan negara ini berdekatan Ukraine hari ini, ketika pegawal sempadan Ukraine memeriksa konvoi bantuan kemanusiaan Rusia yang cuba memasuki negara itu.
Kiev mendakwa, konvoi kemanusiaan itu mungkin digunakan untuk menutup tindakan campur tangan tentera Rusia dan pihaknya bertindak memeriksa trak-trak berkenaan tersebut sebelum dibenarkan melintasi sempadan.
Namun Moscow menafikan sebarang motif tersembunyi membabitkan tindakan tersebut serta membenarkan pengawal sempadan Ukraine memasuki sempadan bagi memeriksa trak mereka di sebuah kawasan bertentangan sempadan bandar Izyaryne.
"Beberapa pengawal sempadan Ukraine dalam jumlah yang ramai dikerah menjalankan pemeriksaan itu," kata jurucakap pengawal sempadan Ukraine Andriy Demchenko.
Tentera Ukraine berkata, pemeriksaan itu bermula pagi ini, namun masih tidak jelas berapa lama proses tersebut akan mengambil masa.
Semalam, sekumpulan 280 trak itu diarah berhenti di satu kawasan terbuka berdekatan bandar Kamensk-Shakhtinsky, Rusia yang terletak kira-kira 20 kilometer dari sempadan Izvaryne yang dikuasai kumpulan pemberontak pro-Rusia.
Seorang wartawan Reuters melaporkan, berpuluh-puluh buah kereta kebal Rusia bergerak tidak jauh dari kawasan konvoi itu, sementara kira-kira 24 buah lagi kenderaan sama didapati bergerak berdekatan sempadan Ukraine malam semalam.
Akhbar The Guardian hari ini melaporkan, beberapa kereta kebal Rusia dilihat melintasi sempadan ke Ukraine. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140816/lu_05/Konvoi-kemanusiaan-Rusia-diperiksa-Ukraine#ixzz3AVIipJLw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment