Friday, September 5, 2014

KDEB tunaikan zakat perniagaan RM756,593.40


SELANGOR KINI | .

SHAH ALAM: Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan anak -anak syarikat telah menyerahkan Zakat Perniagaan bagi taksiran 2013 berjumlah RM756,593.40 kepada Lembaga Zakat Selangor di Bangunan Zakat Selangor, Shah Alam.

Majlis penyerahan zakat disampaikan Ketua Pegawai Agama, Perangsang Selangor, Zaharudin Muhammad kepada Pengerusi, Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

“Pembayaran zakat perniagaan merupakan tanggungjawab yang berdasarkan AL-Quran danSunnah.

“Zakat juga dikira sebagai salah satu cara KDEB dan anak-anak syarikat untuk membersihkan pendapatan perniagaan kami mengikut ajaran Islam.

“Semoga perniagaan kami lebih maju dan diberkati Allah,” kata Zaharuddin dalam satu kenyataan media.

Turut hadir menyaksikan upacara penyerahan zakat adalah wakil anak-anak syarikat KDEB iaitu Mohd Fauzi Mohd Ghazali (Perangsang Selangor), Ahmad Ilmi Jasman (Kosortium ABASS Sdn. Bhd), Edi Zuhri Abd Rahim (Kumpulan Hartanah Selangor Berhad) dan Fe Jazzareen Mor Japar Khan (Central Spectrum (M) Sdn. Bhd).

No comments:

Post a Comment