NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Dana bantuan berjumlah AS$600 juta (RM2 bilion) diperlukan bagi memerangi penularan virus Ebola di Afrika Barat, menurut  pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin.

Penyelaras Kanannya, David Nabarro memberitahu usaha memindahkan bekalan dan menempatkan kakitangan  mereka berdepan kesukaran berikutan sekatan perjalanan udara di beberapa negara.

Sementara itu, Ketua Pengarah WHO Margaret Chan menyifatkan wabak Ebola adalah paling kompleks dan terburuk dalam sejarah 40 tahun penyakit tersebut.

Memetik laporan Reuters, sehingga kini, WHO mengesahkan lebih 1,900 kematian telah dicatatkan dan kira-kira 35,000 kes dilaporkan di Guniea, Sierra Leone serta Liberia.