Thursday, October 30, 2014

Pihak Pendakwa Raya Minta Prosiding Ditangguh Jumaat


Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 2:27 PM
Anwar bersama Dr Afif (kanan) selepas prosiding hari ketiga berakhir.

PUTRAJAYA: Prosiding rayuan terakhir kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ketiga berakhir setakat tengah hari Khamis.

Ketua panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mengumumkan perkara itu dan berkata sesi seterusnya akan dijalankan pada Jumaat bermula pukul 9 pagi.

Timbalan Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK),  Dr. Afif Bahardin yang mengikuti prosiding pada Khamis berkata sesi pada Jumaat hanya akan dijalankan sehingga pukul 12 tengah hari dan kemungkinan akan disambung pada Isnin dan Selasa depan.

"Peguam Kanan Muhammad Shafee Abdullah minta sesi ditangguhkan ke esok (Jumaat) kerana beliau tidak cukup tidur pada malam Rabu kerana meneliti fakta dan hujah," katanya di luar bangunan Istana Kehakiman.
Kakak Anwar, Rehan turut hadir dengan berkerusi roda untuk memberi sokongan moral bersama anak sulungnya,  Zarina Hanim Md Zaki (centre) serta anak Anwar iaitu  Hana, 22 and Iman,24 (kanan).


Peguam bela Anwar yang keempat Ram Karpal Singh merupakan peguam daripada barisan pembelaan yang terakhir mengemukakan hujah-hujahnya.

Prosiding pada Jumaat akan menyaksikan Muhammad Shafee menjawab hujah-hujah pihak pembelaan.

Muhammad Shafee sebelum ini berkata beliau memerlukan masa sehari  untuk menjawab hujah-hujah peguam bela Anwar.

Beliau juga, pada Rabu apabila ditanya Arifin sama ada bersetuju dengan hujah Ramkarpal mengenai berlakunya banyak degradasi dalam tiga sampel yang diambil daripada rektum atas dan bawah Mohd Saiful,  berkata akan memberi respons dalam jawapan pihak pendakwaaan pada Khamis  dengan berkata mereka mempunyai penjelasan sendiri tentang isu itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin yang juga mengikuti pendengaran menyifatkan penghujahan Ram Karpal adalah menggerunkan pihak lawan.

Beliau yang bertemu Anwar selepas prosiding berkata, ketua pembangkang yakin beliau akan terlepas hukuman.

"Ram Karpal telah satu per satu telah meletakkan hujah beliau mengatasi isu-isu yang ditimbulkan.

"Datuk Seri Anwar berkata setelah mendengar hujah-hujah tak mungkin, tak boleh dan mustahil untuk beliau dipenjarakan," katanya yang juga merupakan seorang peguam.

Katanya, berlaku perbezaan jelas ketika perbicaraan kes di Mahkamah Rayuan berbanding rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Katanya, ketika di Mahkamah Rayuan, ia hanya mengambil masa dua hari untuk diputuskan berbanding rayuan terakhir yang dijadualkan berlangsung selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 Oktober tetapi ditangguhkan selama beberapa hari lagi.

No comments:

Post a Comment