Shaikh Nahyan Mubarak Al Nahyan semasa berkunjung ke pameran pendidikan tinggi dan kerjaya Najah, di Pusat Pameran Kebangsaan Abu Dhabi.
Shaikh Nahyan Mubarak Al Nahyan semasa berkunjung ke pameran pendidikan tinggi dan kerjaya Najah, di Pusat Pameran Kebangsaan Abu Dhabi.
ABU DHABI, ARAB SAUDI - Pelajar perempuan antara yang memohon untuk menyertai khidmat negara di pavilion Angkatan Bersenjata yang berlangsung minggu ini, menurut laporan Gulf News.

Undang- undang berkaitan khidmat negara tidak diwajibkan untuk golongan wanita di Arab Saudi.

Bagaimanapun, tindakan ramai golongan wanita yang mendaftar didorong dengan manfaat yang akan diberikan kerajaan.

Manfaat tersebut termasuklah keutamaan untuk pekerjaan dalam institusi kerajaan dan perniagaan swasta, bantuan perkahwinan, plot perumahan dan biasiswa.

Sementara itu, pelatih sekolah tentera, Azza Jasem berkata penyertaan golongan wanita di rantau ini menunjukkan pencapaian ke arah kesaksamaan gender.

“Wanita Arab mempunyai hasrat yang tinggi untuk mempersiapkan diri bagi mempertahankan negara tahun ini,” katanya.

Awal tahun ini, kerajaan Arab mengeluarkan undang-undang mewajibkan golongan lelaki menyertai pasukan tentera berikutan kebimbangan negara Teluk terhadap pergolakan di rantau ini.

Undang-undang ini dikenakan kepada semua lelaki berusia antara 18 hingga 30 tahun, yang mempunyai tahap kesihatan baik. Foto- Gulf News

Lelaki yang mempunyai ijazah sekolah tinggi dan setaraf akan mengikuti perkhidmatan selama sembilan bulan. Manakala yang tidak mempunyai ijazah sekolah tinggi perlu berkhidmat selama dua tahun.