Monday, November 24, 2014

Kenapa Khalid tinggalkan DUN sebelum Azmin bentang bajet Selangor?

khalid ibrahim 2
Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat tergesa-gesa meninggalkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum penggantinya, Mohamed Azmin Ali membentangkan Bajet 2015 – Laporan dan gambar oleh The Malaysian Insider
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mempertahankan tindakannya membentangkan Bajet 2015 yang mengalami defisit RM450 juta, mengatakan pendahulunya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga membelanjakan kewangan negeri secara defisit.
Azmin berkata, walaupun pembentangan bajet dibuat Khalid menunjukkan kaedah bajet yang berimbang, tetapi tiga bulan kemudian membawa semula ke Dewan Undangan Negeri (DUN) meminta bajet tambahan.
Ia sekaligus menyebabkan perbelanjaan perbekalan tambahan bertambah setiap tiga hingga enam bulan.
“Mengikut rekod bajet sejak Khalid memegang pemerintahan negeri pada 2008 sehingga 2014, semuanya mengalami defisit,” katanya pada sidang media di perkarangan Dewan Annexe di Shah Alam, hari ini. TMI
PKR memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ogos lalu selepas gagal hadir pendengaran jawatankuasa lembaga disiplin berhubung isu penstrukturan industri air, hutangnya dengan Bank Islam dan projek lebuhraya Kinrara-Damansara.
Khalid yang menerima kecaman hebat ekoran bayaran pampasan lebih RM2.5 juta kepada bekas pembantunya dilihat meninggalkan perkarangan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam pada pukul 11 pagi tadi, separuh masa semasa sesi soal jawab.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu bagaimanapun tidak bercakap dengan sesiapa tanpa sempat dihidu warga media.
The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan, RM2.27 juta pampasan dan RM376,000 tiga bulan gaji diberikan kepada lapan bekas kakitangannya.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Husin menerima jumlah pampasan tertinggi, iaitu sebanyak RM695,400.
Azmin mengakui wujudnya unsur penyalahgunaan pemberian pampasan tersebut dan akan membincangkan tindakan sewajarnya selepas pelantikan pengurusan MBI baru angkat sumpah bulan depan.
Namun, Khalid dilaporkan akhbar The Star berkata, bayaran dibuat sebagai skim pemberhentian sukarela (VSS) yang diberikan kepada pembantunya apabila meletakkan jawatan September lalu.
Khalid turut mempertahankan bayaran VSS itu dibuat kurang daripada 2% daripada RM112 juta rizab tunai MBI.
PKR memecat Khalid pada Ogos lalu selepas gagal hadir pendengaran jawatankuasa lembaga disiplin berhubung isu penstrukturan industri air, hutangnya dengan Bank Islam dan projek lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).
Tekanan itu diterima Khalid sejak awal tahun, apabila pemimpin PKR mahukannya berundur bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi ketua eksekutif negeri.
Krisis pentadbiran Selangor selesai apabila istana melantik Timbalan Presiden PKR Azmin sebagai menteri besar baru.
Baca lanjut di The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment