Monday, November 24, 2014

Sokongan rakyat pada Jokowi merosot

JOKOWI dan isteri, Iriana
JAKARTA : Baru sebulan dilantik sebagai presiden, pelbagai kritikan terpaksa dihadapi Jokowi kerana keputusan yang diambilnya setakat ini dilihat jauh daripada harapan rakyat Indonesia.
Setiausaha Eksekutif Pusaka Trisakti, Fahmi Habsyi berkata, satu daripada keputusan Jokowi yang tidak disenangi masyarakat ialah pemilihan senarai menteri dalam kabinetnya.
“Kekecewaan itu semakin memuncak ketika Jokowi melantik tokoh parti politik untuk mengisi jawatan Peguam Negara,” katanya semalam.
Turut menjejaskan sokonan kepada Jokowi, kata Fahmi, ialah pemotongan subsidi minyak sebelum genap sebulan dia menjadi presiden.
Namun, kata Fahmi, sokongan rakyat kepada Jokowi merosot ketara sebelum pemotongan subsidi dibuat.
Katanya, keyakinan diri yang terlalu tinggi mendorong Jokowi mengambil pendirian yang berbeza daripada apa yang diharapkan masyarakat.
“Rakyat berharap Kabinet Kerja Jokowi mampu menunjukkan prestasi lebih baik berbanding presiden terdahulu,” katanya.
Walaupun begitu, Fahmi berkata, rakyat perlu terus meyakini Jokowi dan naibnya, Jusuf Kalla, memiliki komitmen tinggi untuk menyejahterakan Indonesia.
“Rakyat perlu memberikan Jokowi dan Jusuf waktu untuk menunjukkan kesungguhan mereka memenuhi harapan rakyat yang menyokong mereka dalam pilihan raya lalu,” katanya. – Agensi

No comments:

Post a Comment