Sunday, July 12, 2015

Laporan ikut sesedap rasa


Kuala Lumpur: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) semalam menyuarakan kebimbangan dan kekecewaannya ke atas beberapa artikel dalam akhbar harian yang berasaskan pendapat ‘penyiasat’ yang tidak dinamakan, dengan merujuk kepada transaksi tertentu yang dijalankan syarikat itu.

Dalam satu kenyataan ia berkata, 1MDB kesal dengan pendapat yang tidak berasas ini, yang didakwa sebagai betul dalam laporan berita, ketika pelbagai pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas syarikat itu dan belum membuat sebarang keputusan.

Ia memetik contoh laporan yang menyebut ‘malah aset yang hendak dijual tidak boleh dijual dengan mudah’.

“Ini jelas salah memandangkan nota penyata kewangan 1MDB pada 30.03.2014 yang diaudit sepenuhnya oleh Deloitte, menyatakan bagaimana AS$1.22 bilion (RM 4.6 bilion) aset berkenaan yang pada hakikatnya sudah dijual dan keuntungan tunai sudah digunakan,” katanya.


Mengenai dakwaan ‘tidak ada dokumen berkaitan kewujudan aset dan penilaian ke atas PetroSaudi Holdings (Cayman)”, 1MDB berkata, ia tidak tepat memandangkan laporan penilaian sudah disediakan semasa pelaburan dibuat dan laporan yang sama dikemukakan kepada pihak berkuasa dan disemak pihak berkuasa perundangan.

Dalam kenyataan itu, 1MDB berkata, ia memberi kerjasama penuh ke atas siasatan semasa.

“Kami yakin langkah bersesuaian diambil pihak berkuasa untuk memastikan integriti siasatan berkenaan,” katanya. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2015 @ 5:08 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63828#sthash.m7PMiXJf.dpuf

No comments:

Post a Comment