Sunday, July 12, 2015

Serangan 1MDB agenda terancang




BERA – Rakyat perlu berwaspada agar tidak terpe­rangkap dengan agenda anasir luar yang dilihat cuba meresapi pemikiran mereka dengan mewujudkan persepsi negatif terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, serangan anasir luar itu pada masa ini dianggap mempunyai agenda merosakkan kestabilan dan ekonomi negara sekali gus membuka kesempatan kepada ‘orang asing’ untuk campur tangan dalam pentadbiran Malaysia.
“Kalau dilihat yang memulakan (fitnah) ini ialah Sarawak Report dan The Wall Street Journal (WSJ), mereka seolah-olah mempunyai agenda terancang. Seperti kita tahu, agenda kuasa luar banyak berlaku di negara Arab menerusi Arab Spring sehingga menghancurkan kerajaan.
“Saya syak wujud tangan ghaib dari luar yang cuba mewujudkan suasana huru-hara dengan menimbulkan kebencian dan menghilangkan keyakinan terhadap pemimpin negara termasuk Najib,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian elaun sara hidup nelayan darat dan bantuan bencana banjir perikanan di sini semalam.
Ismail Sabri yang merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyampaikan bayaran elaun sara hidup kepada 699 nelayan darat di ne­geri ini melibatkan jumlah keseluruhan RM800,000.
Pada 5 Julai lalu, Najib mengarahkan peguamnya menghantar surat kepada WSJ bagi meminta pengesahan me­ngenai laporan akhbar tersebut yang mendakwa beliau menyalahgunakan dana AS$700 juta (RM2.6 bilion) milik 1MDB sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0712&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3fcixD4ke 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment