Sunday, July 12, 2015

NGO: Najib, Rosmah mesti isytihar harta sekarang


Sejak tersebarnya dakwaan sebanyak RM2 juta telah didepositkan ke dalam akaun bank isteri kepada perdana menteri Rosmah Mansor, maka menjadi tanggungjawab mereka berdua mengisytiharkan harta dengan segera, kata Ketua Eksekutif NGO C4 Cynthia Gabriel.

“Ini adalah salah satu jalan terakhir yang tinggal untuk Najib mengembalikan kredibiliti dan kepercayaan orang ramai yang semakin menyusut," katanya dalam satu kenyataan.

“Daripada bercakap soal integriti penjawat awam atau memetik fatwa agama untuk menyelamatkan imej yang telah buruk penting bagi Najib, Rosmah dan ahli keluarganya mengisytiharkan harta mereka secara terbuka dan memaklumkan butiran perbankan mereka memandangkan ia kini bawah penelitian yang serius,” katanya lagi.

Cynthia berkata Najib mesti mengambil peluang untuk membuktikan beliau tidak bersalah dengan menunjukkan senarai asetnya dalam bentuk harta dan bukan kewangan, kepada rakyat Malaysia berbanding membangkitkan bahawa ia sabotaj politik oleh musuhnya terhadap peribadi dan kredibilitinya.

No comments:

Post a Comment