Thursday, September 3, 2015

5 kapal perang China dikesan ke Laut Bering - Pentagon

KHAMIS, 3 SEPTEMBER 2015 @ 8:54 AM

 WASHINGTON: Pentagon mengesahkan kehadiran lima kapal tentera laut China di Laut Bering, antara Russia dan Alaska, wilayah yang sedang dilawati Presiden Barack Obama. Dipercayai ini adalah kali pertama kapal perang China dikesan di kawasan itu, sekali gus menjadi petunjuk pengukuhan kehadiran sejagat China, jauh daripada wilayahnya. "Kami hormati hak setiap negara untuk mengendalikan kapal tentera di perairan antarabangsa sejajar undang-undang antarabangsa. Kami tahu mengenai lima kapal tentera laut China di Laut Bering," kata jurucakap Pentagon, Komander Bill Urban, mengesahkan laporan Wall Street Journal. "Inilah kali pertama kami kesan kapal tentera laut China di Laut Bering," katanya. Kapal perang berkenaan berada di perairan antarabangsa berhampiran Aleutians, kawasan kepulauan antara tanah besar Alaska. Kumpulan kapal berkenaan merangkumi tiga kapal perang, sebuah kapal perintah amfibia dan kapal bekalan. China menjadi pemerhati tetap Majlis Artik pada 2013 dan semakin menunjukkan minat terhadap rizab tenaga di wilayah itu. Ahli lain majlis itu ialah Kanada, Denmark, Finland, Iceland, Norway, Russia, Sweden dan Amerika Syarikat. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/79124

No comments:

Post a Comment