Thursday, September 3, 2015

Sharhan, Umi Masjuri serah diri


Sharhan hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam bagi membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya pada Ogos lalu.


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam membatalkan waran tangkap terhadap pengamal perubatan Islam terkenal, Ustaz Sharhan Shafie dan pasangannya selepas mereka berdua secara sukarela menyerah diri berhubung tuduhan berkhalwat bersama dua beradik wanita dua tahun lalu.
Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain membuat keputusan tersebut dengan melepaskan tanpa membebaskan Sharhan, 39, dan pasangannya, Umi Masjuri Hassan, 40.
Masing-masing dilepaskan dengan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin daripada ahli keluarga terdekat.
“Mahkamah membatalkan waran tangkap terhadap kedua-dua tertuduh selepas pasangan itu hadir pada hari ini (semalam).
“Oleh itu, Sharhan dan Umi Masjuri dilepaskan tanpa dibebaskan,” kata Mohd. Amran semasa membacakan keputusan itu di mahkamah semalam.
Dilepaskan tanpa dibebaskan bermaksud tertuduh dilepaskan bagi pertuduhan pada hari sebutan namun dia masih tidak bebas daripada kesalahan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0903&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3kcfVrPER 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment