WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Unit Operasi Khas Amerika Syarikat (AS) didakwa melancarkan kempen dron rahsia menyasarkan anggota kanan kumpulan militan IS di Syria.

Akhbar Washington Post melaporkan operasi sulit itu adalah sebahagian daripada program yang dilaksanakan secara berasingan dengan kempen ketenteraan sebelum ini.

Menurut laporan Press TV, Program rahsia tersebut dilancarkan setahun selepas Presiden Barack Obama meluluskan kempen serangan udara untuk memerangi IS di Iraq dan Syria.

Sementara itu, jurucakap kerajaan turut memaklumkan Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA) juga telah ditugaskan untuk menembusi rangkaian komunikasi IS yang dijadikan medium untuk menyebarkan propaganda.