Monday, February 4, 2013

Malala calon Anugerah Nobel Keamanan 2013



Malala
Malala (tengah) melambaikan tangannya sebaik melangkah keluar dari sebuah hopsital di Britain bulan lalu.
OSLO - Gadis berumur 15 tahun dari perkampungan utara Pakistan yang ditembak Taliban kerana memperjuangkan hak pendidikan  kanak-kanak perempuan, Malala Yousafzai dicalonkan sebagai penerima Anugerah Nobel Keamanan 2013.

Menurut pegawai, pencalonan dicadangkan tiga ahli Parlimen Norway yang memuji keberanian Malala menentang kumpulan pelampau yang cuba membunuhnya.

Ahli politik Parti Buruh, Freddy de Ruiter berkata, Malala sangat berani bersuara terutama sekali perkara berkaitan hak pendidikan golongan wanita.

"Gadis ini juga telah mencetuskan kesan mendalam kepada dunia. Beliau sanggup berjuang menerusi media sosial tanpa memikirkan kesan terhadap dirinya," kata Freddy mewakili dua rakannya iaitu Gorm Kjernli dan Magne Rommetveit.

Pegawai Anugerah Nobel Keamanan memberitahu, nama pemenang akan diumumkan awal Oktober depan dan setakat ini, penerima anugerah paling muda di kalangan wanita adalah Tawakkol Karman, 31, pada 2011.  - DailyMail

Umar Patek tiba di Jakarta, hadapi tuduhan keganasan



JAKARTA: Umar Patek, militan yang disyaki perancang pengeboman Bali 2002 diekstradisi dari Pakistan ke Indonesia semalam selepas dia ditahan di bandar yang sama Osama bin Laden mati dibunuh.

Ketua agensi antikeganasan Indonesia, Ansyaad Mbai mengesahkan, Umar Patek tiba dengan kawalan ketat selepas berlepas dari Pakistan, menjelang perbicaraan terhadap tuduhan berkait dengan keganasan.


“Dia sudah ditahan. Dia suspek penting. Sukar untuk menyatakan pangkatnya. Tetapi anda boleh kata dia ikan besar,” kata Ansyaad.



Umar dijangka dibicarakan atas tuduhan melakukan keganasan, termasuk pengeboman Bali yang meragut 202 nyawa pada 2002 serta serangan petang Krismas yang menyebabkan 19 orang terbunuh pada 2000. - Reuters

33 korban serangan berani mati



Kirkuk: Seorang pengebom berani mati serta sekumpulan lelaki bersenjata menyamar sebagai polis sebelum cuba merempuh ibu pejabat polis semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 33 maut.

Ia serangan besar ketiga dilakukan dalam beberapa minggu di bandar di utara Iraq itu.


Jurucakap polis berkata, pengebom berani mati itu memandu kenderaan sarat berisi bahan letupan melanggar pintu masuk ibu pejabat polis.

“Selepas kereta itu meletup, sekumpulan lelaki bersenjata memakai jaket diisi bahan letupan menyerang menggunakan raifal AK47 dan grenad, tetapi anggota keselamatan berjaya membunuh mereka,” katanya. Letupan kereta itu memusnahkan tembok konkrit bangunan polis berkenaan selain merosakkan kenderaan di luar.


Sekurang-kurangnya dua penyerang ditemui di bawah runtuhan akibat letupan itu.


Beberapa kumpulan bersenjata aktif di Kirkuk selain pemberontak Sunnah yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda sering menyerang pasukan keselamatan bagi melemahkan kerajaan Perdana Menteri, Nuri al-Maliki. - Reuters

Parti Golkar dapat kepercayaan rakyat



Jakarta: Parti Golkar bakal memenangi pilihan raya Presiden Indonesia jika pemilihan diadakan pada 2012, kata sebuah agensi penyelidikan, semalam.

Pengarah kaji selidik itu, Jayadi Hanan berkata, harapan rakyat Indonesia terhadap parti yang popular dengan lambang pokok beringin itu sangat tinggi. Katanya, dalam penyelidikan dibuat agensinya, 21.3 peratus responden memilih Golkar berbanding Parti Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P) 18.2 peratus dan Pati Demokrat 8.3 peratus.


“Hasil daripada perbandingan ketiga-tiga parti berkenaan, ternyata Golkar menjadi pemenang,” katanya di sidang media di sebuah hotel, semalam.

Kaji selidik itu dibuat dengan menilai prestasi dan parti yang menyertai politik di Indonesia. Menurut Jayadi, kaji selidik itu dijalankan antara 6 hingga 22 Disember tahun lalu dengan membabitkan 1,220 responden. Katanya, Parti Gerindra turut mendapat kepercayaan sebahagian responden.


“Gerinda memperoleh 7.2 peratus, manakala Parti Kebangkitan Bangsa 5.6 peratus, Parti Nasional Demokrat (NasDem) 5.2 peratus.


“Parti Persatuan Pembangunan pula mendapat 4.1 peratus, Parti Keadilan Sejahtera 2.7 peratus, Parti Amanat Negara 1.5 peratus dan Parti Hasrat Nurani Rakyat (Hanura) 1.4 peratus,” katanya. - inilah.com

Mahu Mursi dibicara



Kaherah: Pembangkang utama Mesir semalam menyokong gesaan supaya Presiden Mohamed Mursi disingkirkan dan menuntut pemimpin kumpulan Islam itu dibicarakan selepas pertempuran maut antara pihak berkuasa dan penunjuk perasaan.

Barisan Penyelamat Negara (NSF) berkata, Mohamed Mursi perlu didakwa atas tuduhan ‘membunuh dan menyeksa’, selain menggesa orang ramai terus mengadakan protes aman.


“NSF memihak sepenuhnya kepada rakyat dan seruan mereka untuk menggulingkan rejim kuku besi serta kawasan Ikhwanul Muslimin,” kata kenyataan dikeluarkan kumpulan itu. NSF gabungan lebih 35 parti pembangkang dan kumpulan yang tidak sehaluan dengan Mohamed Mursi.

Dibentuk untuk menggagalkan perisytiharan perlembagaan baru Mesir pada 22 November tahun lalu, NSF diketuai bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed ElBaradei.


Menurut kumpulan itu, Mohamed Mursi perlu dibicarakan selepas ‘siasatan bebas’ dijalankan.


Mereka juga menolak sebarang dialog dengan presiden itu sehingga “pertumpahan darah dihentikan, manakala pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian itu dikenakan tindakan.” Bagaimanapun, wujud tanda-tanda berlaku perbezaan pendapat di kalangan anggota gabungan pembangkang itu.

Jurucakap NSF Khaled Dawoud, berkata mereka menggesa supaya kumpulan yang mengamalkan pemerintahan zalim digulingkan, tetapi bukan regim itu sendiri. “Kami membantah sebarang tindakan menganiaya rakyat serta mengabaikan segala tuntutan pembangkang,” katanya. Seorang lagi anggota NSF Hussein Abdel Ghani berkata, kenyataan dikeluarkan itu bertujuan menggulingkan kerajaan Mohamed Mursi. -AFP

Rakaman video cetus kemarahan



Kaherah: Selepas lapan hari berlaku protes yang setakat ini mengorbankan hampir 60 nyawa, rakaman video memaparkan penunjuk perasaan dibogelkan, diheret dan dibelasah polis mencetuskan kemarahan baru di kalangan rakyat Mesir.

Hamada Saber, 48, kini di hospital polis, sehari selepas dilihat di kaca televisyen menjadi sasaran serangan polis antirusuhan.


Melalui rakaman video itu, Hamada kelihatan tanpa pakaian, comot dan diserang polis sebelum ditarik ke kereta perisai berhampiran Istana Presiden. Pejabat Presiden Mesir berjanji menjalankan siasatan terhadap insiden itu yang berlaku sejurus selepas pertempuran antara penunjuk perasaan dan pihak berkuasa mengorbankan orang awam.

Pembangkang menuduh Mohamed Mursi menggunakan kaedah ganas, sama seperti dilakukan pemerintah Mesir sebelum ini Hosni Mubarak. - Reuters

Pemberontak Syria pujuk Russia, Iran



 
Munich: Pemimpin pemberontak Syria kelmarin berunding dengan Menteri Luar Russia dan Iran bagi mencari jalan terbaik menamatkan perang saudara negara itu.

Russia dan Iran adalan penyokong kuat Presiden Syria, Bashar al-Assad sejak pemberontakan meletus.

Bantu rundingan

Oleh itu, sebarang persefahaman dengan musuh Bashar dipercaya dapat membantu pemberontak dan Bashar berunding.

Dalam sidang keselamatan antarabangsa di sini, pemimpin Pakatan Kebangsaan Syria (SNC), Moaz Alkhatib berunding dengan Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov sebelum menemui Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi.

Rundingan itu dipercayai hanya diadakan selepas Alkhatib memberi isyarat pihaknya sedia berunding dengan Damsyik.

“Russia ada pendekatan tersendiri tetapi menyambut baik rundingan untuk menamatkan krisis,” katanya.
“Kami setuju mencari jalan tamatkan penderitaan penduduk Syria,” kata Alkhatib selepas pertemuan 45 minit dengan Salehi.

Beliau juga berunding dengan Naib Presiden Amerika, Joe Biden dan utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Syria, Lakhdar Brahimi.

Tujuannya menyertai rundingan ialah mencari jalan menjatuhkan pemerintah tanpa terlalu banyak menumpahkan darah penduduk,” katanya lagi.


Sekat tiga resolusi

Russia menyekat tiga resolusi Majlis Keselamatan PBB bertujuan menyingkirkan Bashar atau menekannya menamatkan perang saudara yang menyebabkan lebih 60,000 terbunuh.

Media Iran pula melaporkan, anggota Majlis Keselamatan Kebangsaan Tertinggi, Saeed Jalili mengunjungi Damsyik untuk berunding bagi menentang komplot kuasa besar – merujuk kepada Amerika dan negara Barat lain.

Ada pihak menganggap komen Perdana Menteri Russia, Dmitry Medvedev minggu ini menunjukkan Bashar akan hilang kuasa.

Medvedev berkata, peluang Bashar terus berkuasa kian mengecil sekali gus dianggap Kremlin tidak lagi menyokong Damsyik.

REUTERS

Polis Kirkuk kena serang

Anggota bomba Iraq  membantu mangsa  di tempat kejadian serangan bom di Kirkuk,   utara Baghdad, Iraq.Anggota bomba Iraq membantu mangsa di tempat kejadian serangan bom di Kirkuk, utara Baghdad, Iraq. Kirkuk: Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh di bandar ini semalam apabila seorang penyerang bunuh diri meletupkan sebuah trak dipenuhi bahan letupan di luar sebuah ibu pejabat polis.

Ia disusuli tindakan sekumpulan lelaki bersenjata menyamar sebagai pegawai polis yang cuba menyerbu masuk.
Letupan yang berlaku adalah serangan ketiga terbesar dalam tempoh beberapa minggu di dalam atau berhampiran bandar pelbagai etnik termasuk Arab, Kurdis dan Turkmen.


Ia berlaku ketika pertelingkahan meletus dengan kerajaan pusat mengenai autonomi Kurdistan.

Polis berkata, penyerang meletupkan bom berhampiran sisi pintu masuk bangunan polis, memusnahkan sebahagian pejabat kerajaan berhampiran.


Penyerang langgar pejabat

“Penyerang memandu kenderaan membawa bahan letupan melanggar pintu masuk ibu pejabat dan selepas letupan, lelaki bersenjata memakai jaket berisi bom menyerang menggunakan senapang AK-47 dan bom tangan, namun pengawal dapat membunuh mereka,” kata pegawai polis.
Pengawal dan pekerja kecemasan menyeret mangsa terselamat ke atas pengusung dalam keadaan kelam kabut selepas letupan berlaku dan meninggalkan satu kawah besar di jalan raya.


33 orang terbunuh

Polis berkata, 33 orang terbunuh termasuk 12 kakitangan kerajaan. Seorang pegawai kesihatan pula berkata hanya 16 mayat ditempatkan di rumah mayat hospital dan lebih 90 lagi cedera.

Serangan itu muncul ketika pemberontak dikaitkan dengan al-Qaeda cuba menyemarakkan konflik mazhab di Iraq.

Ia ketika kerajaan yang berkongsi kuasa di kalangan majoriti Syiah, Sunnah dan etnik Kurdis dilanda masalah sejak tentera Amerika Syarikat berundur setahun lalu.

REUTERS

Israel mengaku serang Syria



GAMBAR yang disiarkan stesen televisyen Syrian TV kelmarin menunjukkan beberapa buah kereta musnah dalam serangan udara jet Israel di sebuah pusat kemudahan penyelidikan ketenteraan dekat Damsyik pada Rabu lalu.


MUNICH - Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak memberi petunjuk semalam bahawa negaranya merupakan dalang satu serangan udara ke atas Syria pada Rabu lalu.
Sebelum ini, beberapa pegawai Amerika Syarikat menyatakan sasaran itu ialah senjata-senjata antipesawat yang dihantar untuk anggota-anggota Hezbollah.
"Saya tidak boleh menambah sebarang perkara berhubung apa yang anda telah baca di dalam surat khabar tentang apa yang berlaku di Syria beberapa hari lalu," katanya di sini.
Beliau berada di Jerman untuk menghadiri satu persidangan berhubung keselamatan dengan para diplomat dan pegawai pertahanan dari beberapa buah negara.
"Kami menyatakan bahawa kita tidak berpendapat bahawa ia sepatutnya dibenarkan untuk membawa senjata-senjata canggih ke Lebanon," katanya.
Beliau juga menyatakan bahawa kejatuhan Bashar akan berlaku tidak lama lagi.
Menurutnya, kejatuhan tersebut akan memberi tamparan hebat kepada Iran dan Hezbollah.
Beberapa pemimpin Israel pernah menyuarakan kebimbangan bahawa perang saudara di Syria mungkin telah menyebabkan Presiden Bashar Al-Assad kehilangan kawalan di negaranya termasuk ke atas senjata kimia.
Di Syria, Bashar menyatakan kepada seorang pegawai kanan Iran bahawa negaranya akan berdepan sebarang serangan luar.
Bashar menyatakan bahawa Israel menyerang sebuah kemudahan penyelidikan ketenteraan dekat Damsyik.
Ia merupakan kenyataan pertama Bashar berhubung serangan udara Israel.
Beliau membuat kenyataan itu ketika membuat pertemuan dengan perunding kanan nuklear Iran, Saeed Jalili.
Iran merupakan sekutu rapat Syria.
Saeed berikrar bahawa Iran akan terus memberi sokongan kepada rejim Bashar.
Syria juga berikrar akan menyerang balas serangan Israel itu.
Ketua Pengawal Revolusi Iran, Jeneral Mohammad Ali Jafari berkata, pihaknya berharap Syria akan menyerang balas Israel.
Pertempuran antara tentera Syria dengan para penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan berlaku sejak Mac 2011.
Lebih 60,000 orang dilaporkan terbunuh sejak pertempuran tersebut berlaku.
Kumpulan penentang itu mahu Bashar digulingkan kerana mendakwa beliau gagal membawa pembaharuan dalam pentadbiran dan kebebasan hak asasi manusia. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2JsZuPJsE 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, February 3, 2013

Kedutaan AS dibom




3 Februari 2013
Kedutaan AS dibom
Sebahagian bangunan kedutaan AS musnah akibat ledakan bom berani mati.
ANKARA - Seorang pengawal keselamatan kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Turki terbunuh dalam serangan melibatkan seorang lelaki meletupkan dirinya di pekarangan bangunan itu, kelmarin.

Menurut pegawai, penyerang meletupkan bom yang dilekatkan pada badannya sejurus memasuki pintu pagar kedutaan.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, pihaknya percaya penyerang yang turut terbunuh adalah ahli Parti Revolusi Pembebasan Tentera Barisan Hadapan (DHKP-C), juga dikenali sebagai parti berhaluan kiri anti-AS dan anti-Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

"Kumpulan ini turut disenaraikan sebagai pertubuhan pengganas oleh Washington," katanya sambil menambah motif serangan masih belum dipastikan.

Sementara itu, Rumah Putih mengutuk serangan berkenaan dan menggelarnya sebagai serangan pengganas. - Reuters

Hadi: Pas tidak mahu 'dipatuk' Umno sekali lagi



Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR - Dilihat teguh dengan pendirian bahawa Pakatan Rakyat adalah perikatan yang kukuh, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan, Pas sama sekali tidak akan mengulangi jalinan kerjasama politiknya dengan Umno.

"Kita sudah bekerjasama sebelum ini dan kita telah dikhianati. Kita tidak akan adakan sebarang kerjasama politik lagi dengan Umno.

"Kita tidak akan dipatuk melalui satu lubang yang sama sekali lagi," tegas pemimpin utama parti itu ketika menyampaikan ucapan di Himpunan Perdana Ummah bersama Pas dekat sini hari ini.
Jelas Hadi, Pas sama sekali tidak akan mengkhianati janjinya kepada rakyat walaupun terdapat usaha yang dilakukan oleh pihak tertentu termasuk Umno untuk memporak-perandakan Pas dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

"Bukan kita tak boleh bekerjasama. Dalam isu Palestin, kita boleh bekerjasama... Dalam isu politik tak boleh kerjasama," tegas Hadi lagi.
Bahkan ujarnya Pas sama sekali tidak akan berganjak daripada pendirian bahawa penggabungannya bersama-sama PKR dan DAP adalah satu perikatan utuh untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang diimpikan rakyat.

"Mesej Pas, kita tidak akan berganjak. Kerjasama Pakatan Rakyat, Pas menerima dengan syarat apa yang ada dalam Perlembagaan, Islam agama Persekutuan, agama lain dilayan dengan adil, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, hak adil kepada semua kaum, ini suruhan Islam.

"Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, bahasa ibunda ada hak, bahasa asing boleh belajar, Raja mesti ikut Perlembagaan, ini kita terima," kata Hadi.

Pada majlis pada hari ini kira-kira 200 ahli baru Pas dari pelbagai latar belakang berkongsi impian dan harapan mereka dalam Pas khususnya dan Pakatan Rakyat amnya dalam menghadapi pilihan raya paling genting ini seterusnya membentuk kerajaan baru di Putrajaya.

Turut serta dalam majlis ini ialah ahli baru Pas daripada golongan akademik, profesional, agamawan, mahasiswa, artis dan ramai lagi.

Polis, penunjuk perasaan bertempur



KAHERAH 2 Feb. - Sekurang-kurangnya seorang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila polis bertempur dengan penunjuk perasaan yang menyerang Istana Presiden di sini, semalam.
Penunjuk perasaan dalam kalangan pemuda bertindak membaling bom petrol serta mercun ke arah polis dalam insiden yang berlaku di luar pekarangan Istana Presiden.
Polis bertindak balas dengan melepaskan meriam air serta gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan.
Menurut dua orang saksi, mereka melihat seorang penunjuk perasaan ditembak mati di Kaherah dengan peluru hidup di depan mata mereka.
"Perkara itu telah disahkan. Saya kini berada di bilik mayat dan mangsa ditembak dengan dua peluru di bahagian leher serta dada kanan," kata seorang peguam, Ragia Omran.
Sumber keselamatan dan perubatan mengesahkan Mohamed Hussein Qurany, 23, maut akibat terkena tembakan peluru hidup.
Menurut ketua perkhidmatan ambulans, sekurang-kurangnya 54 orang turut cedera di seluruh negara akibat tunjuk perasaan, kebanyakannya di Kaherah.
Keganasan terbaharu itu berlaku selepas Mesir tenang beberapa hari setelah berdepan dengan tunjuk perasaan berdarah selama seminggu sempena ulang tahun kedua kebangkitan rakyat menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak yang mengorbankan hampir 60 orang. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130203/lu_02/Polis-penunjuk-perasaan-bertempur#ixzz2Jq5Uhpzp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Twitter digodam, 250,000 pengguna akaun terjejas



SAN FRANCISCO 2 Feb. - Kumpulan penggodam yang tidak dikenali menyerang laman mikro blog Twitter minggu ini dan mungkin memperoleh akses kepada kata laluan dan beberapa maklumat lain kepada sekurang-kurangnya 250,000 pengguna akaun itu.
Menurut Twitter, kata laluan pengguna telah dikodkan dan diperbetulkan semula sebagai langkah pencegahan dan syarikat itu sedang mengenal pasti pengguna yang terjejas.
Pendedahan Twitter itu berlaku selepas serangan siber besar-besaran dilancarkan ke atas New York Times dan Wall Street Journal, tetapi media sosial itu tidak memberi butiran tentang asal atau kaedah penggodam tersebut.
"Serangan ini bukan kerja amatur dan kami tidak percaya penggodaman ini adalah insiden terpencil.
"Orang yang melakukannya sangat hebat dan kami percaya beberapa syarikat dan organisasi lain turut mengalaminya baru-baru ini," kata Twitter dalam blog mereka.
Sehubungan itu, Twitter kini sedang bekerjasama dengan kerajaan dan penguat kuasa undang-undang persekutuan bagi mengesan penggodam tersebut.
Namun, Twitter itu tidak mengaitkannya dengan penggodam China, seperti yang dilakukan oleh New York Times dan Wall Street Journal yang kedua-duanya menyatakan penggodam mereka berasal dari China. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130203/lu_03/Twitter-digodam-250000-pengguna-akaun-terjejas#ixzz2Jq5DEixl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PM Britain berdepan tentangan



Rang undang-undang yang membenarkan perkahwinan sejenis turut mendapat tentangan daripada penduduk Perancis. Gambar bertarikh 13 Januari 2013 ini menunjukkan sekumpulan penunjuk perasaan berhimpun di Paris bagi membantah rang undang-undang tersebut. - REUTERS
LONDON 2 Feb. - Perdana Menteri Britain, David Cameron berdepan dengan tentangan daripada dalam parti pimpinannya, Parti Konservatif berhubung rancangannya memperkenalkan perkahwinan homoseksual, lapor akhbar hari ini.
Bukan sahaja dalam kalangan ahli Parlimen kerajaan daripada parti berhaluan kanan-tengah yang dilihat akan menentang rang undang-undang itu, tetapi juga membabitkan tentangan akar umbi.
Menurut laporan, antara 130 hingga 200 daripada 303 ahli Parlimen Konservatif tidak akan menyokong rang undang-undang itu apabila didebatkan di Dewan Rendah untuk pertama kalinya, Selasa ini.
Menurut akhbar The Times, ahli Parlimen Konservatif memberitahu mereka bahawa ahli-ahli aktivis telah meletak jawatan atau menolak untuk memperbaharui keanggotaan dalam jumlah yang besar sebagai membantah rancangan kerajaan itu.
Satu tinjauan di ComRes yang melibatkan 2,000 responden yang menyokong Parti Konservatif dalam pilihan raya umum 2010 mendapati, 20 peratus daripada mereka bersetuju akan mempertimbangkan untuk mengundi parti itu semula dalam pilihan raya akan datang, tetapi tidak akan berbuat demikian jika parti gabungan itu meluluskan rang undang-undang perkahwinan sesama jenis.
Tinjauan di akhbar The Daily Telegraph pula mendapati 25 peratus pengundi Konservatif masih tidak pasti sama ada akan mengundi parti pemerintah itu jika undang-undang itu dikuatkuasakan.
"Ini adalah panggilan kesedaran tentang bagaimana isu perkahwinan gay ini merosakkan Parti Konservatif," kata bekas Menteri Kanak-Kanak, Tim Loughton.
Menurut beliau, akar umbi memberitahu kepemimpinan parti bahawa mereka tidak akan mengundi Konservatif dalam pilihan raya 2015.
Sementara itu, ahli Parlimen daripada parti gabungan kerajaan, David Burrowes berkata, penyokong Konservatif tidak menjangka kerajaan akan memecah belahkan parti, negara, gereja dan perkahwinan.
"Jika perkara ini berlaku, kami tidak akan mudah melupakannya," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130203/lu_01/PM-Britain-berdepan-tentangan#ixzz2Jq50MwKV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

19 terbunuh serangan berani mati di Islamabad



ISLAMABAD 2 Feb. - Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 35 yang lain cedera semalam, dalam satu serangan
berani mati berhampiran sebuah masjid di wilayah Khyber-Pakhtunkhwa.
Letupan itu berlaku di Bazar Patt di bandar Hangu, kira-kira 150 kilometer di selatan bandar Peshawar, apabila pengebom melemparkan bahan letupan ketika orang ramai keluar dari masjid selepas solat Jumaat.
Siaran televisyen tempatan menunjukkan beberapa buah kedai berdekatan dengan masjid musnah ekoran kejadian letupan tersebut. - dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130202/lu_12/19-terbunuh-serangan-berani-mati-di-Islamabad#ixzz2Jq4qOn19
© Utusan Melayu (M) Bhd 

35 maut serangan bom di Pakistan



DERA ISMAIL KHAN, Pakistan 3 Feb. - Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh termasuk anggota pasukan keselamatan, anggota militan dan orang awam dalam satu serangan berani mati di sebuah pondok kawalan keselamatan, di barat laut Pakistan semalam.
Menurut sumber pihak berkuasa, 12 anggota kumpulan militan, 13 anggota keselamatan dan 10 penduduk awam terbunuh dalam serangan yang berlaku di Lakki Marwat.
Kumpulan militan Taliban mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut sebagai reaksi terhadap serangan drone Amerika Syarikat di Utara Waziristan pada bulan lalu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130203/lu_05/35-maut-serangan-bom-di-Pakistan#ixzz2Jq4Uud2i
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Buah-buahan import haram - Marzuki



JAKARTA 3 Feb. - Speaker Dewan Perwakilan, Marzuki Alie menggesa Majlis Ulama Indonesia (MUI) untuk mengisytiharkan buah-buahan import sebagai haram.
"Saya berharap MUI akan bertindak secepat mungkin. Buah-buahan import adalah haram," katanya seperti yang dipetik laman web berita tribunnews.com, kelmarin
Marzuki menyatakan bahawa kemasukan buah-buahan import ke Indonesia menjejaskan pendapatan pengusaha buah-buahan tempatan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130203/lu_08/Buah-buahan-import-haram---Marzuki#ixzz2Jq3yhCky
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pyongyang ancam tindak balas sikap bermuka-muka AS



Seoul: Korea Utara mengancam tindak balas terhadap apa yang disifatkannya sebagai sikap bermuka-muka Amerika Syarikat berhubung pelancaran roket oleh Pyongyang dan Seoul.

Jurucakap Kementerian Luar Korea Utara tidak menjelaskan bentuk tindak balas yang akan dilakukannya ketika membuat kenyataan itu kepada Agensi Berita Pusat Korea.


Pyongyang baru-baru ini mengancam untuk melakukan ujian ketiga nuklear sebagai tindak balas terhadap dasar bermusuh-musuhan Amerika Syarikat.

Washington, ketika mengulas pelancaran roket Korea Selatan Rabu lalu berkata, ia tidak mempunyai matlamat ketenteraan. Bagaimanapun, ia mengecam pelancaran roket Korea Utara pada Disember lalu kerana melanggar larangan ujian teknologi peluru berpandu.


Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenakan sekatan baru ke atas Korea Utara kerana melancarkan roket itu meskipun Pyongyang mendakwa ia sepatutnya dibenarkan melancar satelit untuk tujuan keamanan. - AP

31 terbunuh dalam serangan di pusat pemeriksaan tentera



Dera Ismail Khan: Kumpulan militan semalam menyerang pusat pemeriksaan tentera di barat laut Pakistan semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh.

Kumpulan Taliban Pakistan yang mendakwa bertanggungjawab berkata, ia adalah tindak balas terhadap serangan dron Amerika Syarikat di wilayah jiran, Waziristan Utara bulan lalu yang membunuh dua komander mereka.


Tentera Pakistan dan militan prokerajaan mengambil alih kuasa di wilayah itu daripada Taliban Pakistan sejak 2009 yang sebelum ini menguasai kawasan yang terletak beberapa jam pemanduan dari Islamabad. Serangan itu dilakukan pada awal pagi. Sumber keselamatan berkata, sekurang-kurangnya 12 militan dan sembilan pegawai keselamatan serta orang awam terbunuh.

Dua mayat ditemui dengan tali pinggang yang dilengkapi bom.


“Kejadian berbalas tembak antara militan dan anggota keselamatan kerajaan berterusan selama empat jam,” kata satu sumber. - Reuters

‘Kami sedia berunding’



Munich: Ketua penentang Syria semalam mengulangi kesediaannya berunding dengan kerajaan Presiden Bashar al-Assad sebagai jalan untuk ‘mengurangkan penderitaan rakyat negara itu.’

Bercakap pada Persidangan Keselamatan Munich, Moaz al-Khatib bagaimanapun menegaskan, matlamat beliau ialah ‘menggulingkan Bashar secara aman.’ “Kami percaya kuasa dunia dan kami ingin menggulingkan rejim Bashar secara aman. Tetapi sebagai tanda muhibbah, demi meringankan penderitaan rakyat Syria, kami bersedia berunding dengan rejim itu. Sebagai balasan terhadap kesediaan kami, Bashar perlu menunjukkan tanda muhibbah dengan membebaskan tahanan,” kata Moaz.


Moaz, ketua Gabungan Kebangsaan Syria yang menaung kebanyakan kumpulan penentang Bashar sebelum ini menolak berunding dengan kerajaan selagi rejim itu tidak membebaskan puluhan ribu tahanan politk. - Reuters

Penentang Morsi serang istana



Kaherah: Penentang Presiden Mohamed Morsi melontar batu dan bom api ke arah pintu masuk istananya kelmarin, bertempur dengan polis yang melepaskan gas pemedih mata serta meriam air.

Ini adalah kali pertama istana presiden menjadi sasaran serangan selepas keganasan politik Mesir meletus minggu lalu.
Pasukan keselamatan membenarkan mereka berarak merapati pintu pagar utama tetapi beberapa penunjuk perasaan mengambil kesempatan melontar batu dan kasut menerusi pagar.

Ada yang memanjat pagar itu untuk mendapat sudut lebih baik bagi melontar batu.


Polis dan Pengawal Republikan yang mulanya tidak bertindak, akhirnya melepaskan tembakan meriam diikuti dengan gas pemedih mata selepas bom api di lontar ke dalam pekarangan istana.


Ia disusuli dengan ketibaan polis pencegah rusuhan di jalan raya di luar istana itu.

Pertempuran berlaku selama beberapa jam sehingga lewat malam.

Penunjuk perasaan turut membakar tayar dan mercun. Seorang pemuda berusia 23 tahun mati selepas ditembak di dada dan dahi sementara 50 lagi cedera, kata Kementerian Kesihatan, Morsi bagaimanapun tidak berada di istana itu.

Tunjuk perasaan di depan istana itu adalah sebahagian daripada demonstrasi di bandar raya di seluruh negara yang dianjurkan oleh pembangkang selepas kira-kira 60 orang terbunuh dalam tunjuk perasaan, pertempuran dan rusuhan sebelum ini.

Ramai penunjuk perasaan mendesak Morsi meletak jawatan dan menuduh Ikhwanul Muslimin yang diketuainya memonopoli kuasa dan gagal menangani masalah yang semakin meningkat di negara itu.

Tindakan Morsi memuji pasukan keselamatan Mesir selepas jumlah kematian yang tinggi turut menyemarakkan lagi kemarahan penentangnya.

Insaflah! Usah gadai maruah kerana wang



Kuala Lumpur: “Jangan gadai maruah kerana wang,” tegas pendakwah dan tokoh agama, Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz mengulas pendedahan Metro Ahad mengenai segelintir suri rumah sanggup melakukan kerja tidak bermoral untuk mencari nafkah tanpa dibantah suami.

Hassan berkata, lebih parah lagi jika suami mengetahui pekerjaan itu dilakukan isteri, namun tetap membenarkannya disebabkan mahu mendapatkan wang.


Menurutnya, suami seperti itu boleh dikategorikan dayus dan menanggung sama dosa isterinya.

Katanya, Islam jelas menerangkan peranan isteri serta ibu untuk menjaga maruah dan bukan melakukan pekerjaan terkutuk dengan berlaku sentuhan dengan bukan mahram seperti mengurut.


“Mengapa perlu melakukan urutan batin kepada lelaki, sedangkan banyak tukang urut lelaki memiliki kepakaran sama. Tindakan itu juga mendekatkan mereka kepada zina.


“Perbuatan membuka pusat urut tak salah jika urutan itu membantu memulihkan keadaan seseorang, namun Islam melarang wanita mengurut lelaki bukan mahram selagi bukan pada situasi darurat,” katanya ketika dihubungi.

Berhubung tindakan Suraya dan Maya sebagaimana dilaporkan, Hassan berkata, mereka perlu insaf dan kembali ke pangkal jalan dengan mencari pekerjaan lebih baik kerana punca rezeki halal membawa kebahagiaan dalam rumah tangga.


Katanya, masa depan anak perlu diutamakan pasangan suami isteri dan setiap rezeki dimasukkan ke dalam mulut wajib daripada hasil yang halal.

“Umat Islam yang melakukan pekerjaan ditegah agama akan menerima azab seksa yang sangat pedih di akhirat nanti,” katanya.

Psy bakal beraksi dalam konsert BN di P. Pinang





GEORGE TOWN - Penyanyi rap Korea Selatan yang popular dengan tarian kudanya, Psy (gambar) bakal membuat persembahan pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional Pulau Pinang pada 11 Februari nanti.
Bintang berusia 35 tahun itu yang dikenali menerusi lagu Gangnam Style dijangka menghiburkan kira-kira 60,000 tetamu yang bakal menghadiri majlis itu nanti.
Kosmo! difahamkan, perbincangan sedang diadakan oleh sebuah syarikat pengurusan acara dengan pengurus bintang popular itu bagi mengesahkan kunjungan pertama Psy atau nama sebenarnya Park Jae Sang ke Malaysia.
Majlis sambutan rumah terbuka itu akan dianjurkan di Sekolah Tinggi Han Chiang dekat sini bermula pukul 10 pagi hingga 1 petang dan pihak pengurusan Psy bakal memutuskan waktu persembahan artis tersebut.
Turut menghiburkan pengunjung pada sambutan itu nanti ialah juara pertandingan Asian Wave di China, Shila Amzah.
Klip video Gangnam Style yang menjadi fenomena di seluruh dunia telah ditonton lebih 1.2 bilion kali sejak dimuat naik pada Julai tahun lalu di laman YouTube.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2JnIhZ0C5 
Hakcipta terpelihara 

Iran bina jet pejuang futuristik




GAMBAR yang disiarkan di laman web Presiden Iran menunjukkan Presiden Mahmoud 
Ahmadinejad (tengah) berbual dengan juruterbang pesawat buatan Iran, F-313 di Teheran semalam.


TEHERAN - Iran memperkenalkan jet pejuang buatan sendiri semalam dengan Presiden Mahmoud Ahmadinejad menyifatkannya 'antara pesawat tercanggih' di dunia.
Stesen televisyen Iran menyiarkan pesawat futuristik berwarna kelabu, Qaher (Penakluk) F-313 itu yang dipamerkan di sebuah hangar di sini.
Pendedahan tersebut dibuat ketika Iran menyambut ulang tahun ke-34 revolusi Islam pada 1979 yang menumbangkan kerajaan Shah Iran.
Media tempatan memetik Menteri Pertahanan Ahmad Vahidi sebagai berkata, jet itu sukar dikesan oleh radar dan boleh mendarat di landasan pendek serta memenuhi keperluan Tentera Udara Iran. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2JnHBS2DU 
Hakcipta terpelihara 

24 maut pos tentera Pakistan diserang



ASKAR-ASKAR Pakistan berkawal dekat pos tentera yang diserang di Sari Norang, dalam daerah Lakki Marwat, kira-kira 240 kilometer ke selatan bandar Peshawar semalam.


PESHAWAR - Beberapa pengebom berani mati menyerang sebuah pos kawalan tentera di barat daya Pakistan semalam menyebabkan 24 orang maut, kata beberapa pegawai dengan kumpulan Taliban mengaku melakukan serangan nekad itu.
"Seramai 13 anggota keselamatan dan 11 orang awam maut dalam serangan tersebut," kata seorang pegawai keselamatan.
Menurutnya, serangan berlaku sekitar 240 kilometer ke selatan bandar ini yang merupakan ibu negeri wilayah Khyber-Pakhtunkhwa.
Seorang lagi pegawai berkata, semua penduduk itu mati apabila seorang pengebom melarikan diri ke dalam sebuah rumah ketika askar-askar melancarkan serangan balas dari pos kawalan mereka.
"Dia memasuki sebuah rumah di kawasan penempatan jabatan pengairan dan meletupkan dirinya. Empat kanak-kanak, tiga wanita dan empat lelaki maut di rumah tersebut," kata pegawai kanan pemerintah, Nisar Ahmed.
Katanya, empat buah rumah rosak manakala lapan askar turut cedera dalam serangan itu.
Serangan berlaku di pos kawalan yang dikendalikan bersama oleh tentera Pakistan dan pasukan separa tentera di Sarai Norang, dalam daerah Lakki Marwat, berdekatan kawasan puak-puak yang dipenuhi militan Taliban dan kumpulan Al-Qaeda.
Seorang pegawai keselamatan lain di sini memberitahu, pasukan keselamatan telah membunuh 12 militan dalam serangan tersebut.
Kumpulan Taliban mengaku melancarkan serangan nekad itu tetapi menyatakan, mereka hanya menghantar empat pengebom berani mati.
"Serangan ini dilakukan bagi membalas dendam dua sahabat kami yang mati dalam serangan pesawat dron baru-baru ini," kata seorang jurucakap kumpulan Tehrik-e-Taliban Pakistan, Ehsanullah Ehsan kepada agensi berita AFP melalui panggilan telefon. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2JnGyRjTH 
Hakcipta terpelihara 

Lapan anak ke menara gading



Lapan anak ke menara gading
Rugayah menunjukkan gambar anak-anaknya yang berjaya dalam pelajaran.
CHETOK – Meskipun hidup tanpa kehadiran suami, seorang suri rumah di Kampung Paya Mengkuang cekal membesarkan 10 anak sehingga lapan daripadanya berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Rugayah Mustafa, 57, berkata, suaminya, Hamzah Nor meninggal dunia pada usia 47 tahun akibat kanser tiroid pada 1999 yang lalu.

Selepas itu katanya, dia membesarkan sembilan anak dengan bantuan anak sulung, Norazila bersama ahli keluarga yang lain.

Menurutnya, meskipun pencapaian akademik Norazila amat membanggakan, namun terpaksa berkorban demi adik-beradik yang lain.

“Anak kedua, tiga dan enam dan tujuh berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

“Selebihnya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), universiti di Amerika, Kolej Ihsaniah Kedah dan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Negeri Sembilan,” katanya, semalam.

Menurutnya, dia tidak mempunyai sebarang petua yang pelik untuk melahirkan anak yang berjaya dalam pelajaran.

Sebaliknya, arwah suami banyak menyentuh soal pendidikan agama kepada anak-anak dan memilih untuk menempatkan mereka di sekolah agama sejak di bangku sekolah.

Rugayah berkata, dia turut mendidik anak-anak mengenai kepentingan solat dalam kehidupan, seterusnya memudahkannya untuk membentuk generasi al-Quran.

“Saya bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang cekal, bertanggungjawab sehingga berjaya dalam kerjaya.

“Saya juga terharu kerana anak-anak tidak meletakkan kesusahan hidup sebagai penghalang untuk berjaya, ketika mereka kehilangan seorang bapa, 14 tahun lalu,” katanya, semalam.

Henti aniaya pekerja asing



KUALA LIPIS - Majikan yang mengambil upah pekerja dari luar negara seperti Bangladesh dan Indonesia dinasihati supaya telus dan jujur dalam menguruskan pekerja mereka.

Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, majikan perlu tahu dan mempelajari asas pengetahuan dalam menguruskan pekerja terutama majikan yang mempunyai ladang persendirian.

Menurutnya, antara perkara yang perlu diambil berat adalah berkaitan gaji, kebebasan bersosial, waktu cuti dan perkara asas lain.

“Ramai pekerja asing ditipu oleh majikan dan agensi mereka. Ada antara majikan menggunakan kekerasan dalam menguruskan pekerja masing-masing.

“Mereka turut tertipu dengan cerita suasana dan cara kerja yang baik di sini walhal ia hanya 'indah khabar dari rupa',” katanya.

Abdul Razak berkata, terdapat agensi yang tidak menerangkan daripada peringkat awal mengenai cara pemberian gaji dan pengurusan waktu kerja.

“Kebanyakan daripada pekerja ini terpedaya dengan gaji yang ditawarkan majikan. Gaji yang mereka terima tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan.

“Mereka tidak ada pilihan lain. Hal ini menyebabkan timbul isu negatif membabitkan pekerja asing seperti samun, rompak dan cabul,” katanya.

Abdul Razak berkata,  majikan di negara ini amnya dan Lipis khasnya perlu lebih jujur dan terbuka terhadap pekerja ini dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Kandang kambing tempat berteduh



WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Februari 2013
Kandang kambing tempat berteduh
Atap bangsal usang diperbuat daripada papan lapis terbuang dan kayu usang didiami warga miskin ini menunggu masa untuk menyembah bumi.
Kandang kambing tempat berteduh
Di ruang dapur sempit inilah Salina menyediakan makanan untuk ahli keluarganya.
Kandang kambing tempat berteduh
Keadaan bangsal usang bekas kandang kambing yang menjadi tempat tinggal lima sekeluarga di Kampung Sungai Buaya.
SUNGAI BUAYA – Kemiskinan hidup memaksa lima sekeluarga menjadikan kandang kambing terbiar sebagai tempat tinggal.

Biarpun ia tidak sesuai dijadikan tempat tinggal, namun hanya pondok usang itulah yang menjadi istana hinggap mereka.

Meluahkan kisah hidupnya, Mohd Sazlly Najakhi, 34, berkata, sebagai ketua dia mempunyai impian tinggi untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa buat keluarganya.

Namun, berikutan kesempitan hidup dia tiada pilihan, selain terpaksa menjadikan kandang kambing terbiar itu sebagai tempat berlindung dari panas dan hujan.

Sazzly yang berkongsi kisah sedihnya bersama Sinar Harian berkata, sebelum ini dia pernah memohon bantuan daripada pihak berwajib termasuk wakil rakyat kawasan terbabit.

Janji tinggal janji

Namun, pihak berkenaan hanya datang melawat rumahnya yang berukuran kira-kira empat meter persegi itu.

Sazzly berkata, jaminan yang diberikan wakil rakyat ketika itu yang mengatakan dia bakal menerima bantuan sebuah rumah yang akan didirikan di atas tanah pusaka milik orang tuanya sedikit melegakannya.

Namun, sehingga kini masih tiada tindakan diambil.

“Saya mohon rumah sejak 2004 lagi, ramai pegawai daripada pelbagai agensi datang melakukan siasatan dan memberi jaminan akan membantu.

“Sehingga hari ini, saya masih lagi tinggal pondok buruk bekas kandang kambing ini,” katanya.

Menurutnya, dia tidak akan memohon bantuan jika mampu menyediakan segala kemudahan asas itu.

Dengan pendapatan tidak menentu hasil menjual ikan di pasar menyebabkan hidupnya benar-benar terhimpit, apatah lagi perlu menyara tiga anak termasuk Mohd Shirullah, 9, yang kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun.

Sazzly berkata, apa yang membimbangkannya ialah pondok yang didiami lima beranak itu boleh runtuh bila-bila masa, kerana tiang dan lantainya sudah reput.

Bangsal tunggu masa runtuh

Bagi isteri Sazzly, Salina Abu Bakar, 30, dia sedih kerana terpaksa membesarkan anak-anaknya dalam suasana yang sedemikian.

Salina berkata, ketika musim hujan, dia dan anak-anaknya tidak dapat tidur kerana atap yang dibuat daripada zink dan papan lapis terbuang itu bocor.

“Tempat ini tiada kemudahan asas, bekalan air paip hanya disambung dari rumah sebelah, dapur pula tidak sesuai digunakan lagi untuk menyediakan mkanan kepada anak-anak, kerana persekitarannya sudah usang dan kotor.

"Sebagai isteri saya reda dengan ujian ini, namun jika ada pihak yang dapat membantu kami  amat menghargainya,” kata Salina yang sebelum ini pernah mengambil upah menjahit bagi menampung perbelanjaan keluarganya.

Sazzly bersama tiga anak dan isterinya kini mengharapkan ihsan pihak tertentu, agar dapat menyelesaikan kemelut dihadapinya bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan dalam keadaan lebih selesa.

Rakyat tolak Mursi




3 Februari 2013
􀀳􀁂􀁌􀁚􀁂􀁕􀀁􀁕􀁐􀁍􀁂􀁌􀀁􀀮􀁖􀁓􀁔􀁊
Istana Presiden menjadi sasaran dalam keganasan terbaru di Kaherah, kelmarin. - FOTO: REUTERS
KAHERAH - Ribuan penunjuk perasaan terus membanjiri laluan di Kaherah, Pelabuhan Said dan Alexandria menuntut Presiden Mohammed Mursi meletak jawatan.

Bagaimanapun, demonstrasi itu bertukar ganas hingga menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terbunuh selepas pertempuran tercetus antara penentang Mursi dan pihak berkuasa berhampiran Istana Presiden, kelmarin.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, kira-kira 79 penunjuk perasaan juga cedera dalam insiden keganasan tersebut.

Kementerian itu turut memohon maaf atas tindakan pihak berkuasa yang terpaksa menggunakan kekerasan selepas keadaan semakin tidak terkawal.

Dalam satu kenyataan, Mursi menegaskan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas untuk melindungi bangunan kerajaan selepas kediaman presiden menjadi sasaran bom petrol semasa kejadian tersebut.

Sementara itu, Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF) menafikan kumpulan pembangkang bertanggungjawab terhadap keganasan terbaru tersebut walaupun mereka didakwa menjadi penganjur perhimpunan besar-besaran terbabit. - Al Jazeera

Kedutaan AS dibom




3 Februari 2013
Kedutaan AS dibom
Sebahagian bangunan kedutaan AS musnah akibat ledakan bom berani mati.
ANKARA - Seorang pengawal keselamatan kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Turki terbunuh dalam serangan melibatkan seorang lelaki meletupkan dirinya di pekarangan bangunan itu, kelmarin.

Menurut pegawai, penyerang meletupkan bom yang dilekatkan pada badannya sejurus memasuki pintu pagar kedutaan.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, pihaknya percaya penyerang yang turut terbunuh adalah ahli Parti Revolusi Pembebasan Tentera Barisan Hadapan (DHKP-C), juga dikenali sebagai parti berhaluan kiri anti-AS dan anti-Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

"Kumpulan ini turut disenaraikan sebagai pertubuhan pengganas oleh Washington," katanya sambil menambah motif serangan masih belum dipastikan.

Sementara itu, Rumah Putih mengutuk serangan berkenaan dan menggelarnya sebagai serangan pengganas. - Reuters

Nasharudin: Saya akan kekal dalam Pas




2 Februari 2013
 Nasharudin Mat Isa
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hari ini menegaskan beliau akan kekal sebagai anggota Pas untuk memastikan perjuangan asal parti dalam menegakkan Islam dan membela orang Melayu tidak 'dicairkan' berikutan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP.

Beliau yang juga bekas anggota Majlis Syura Pas berkata, statusnya sekarang yang tidak menyandang jawatan dalam kepimpinan parti tidak menghalangnya daripada terus mempertahankan perjuangan asal parti.

"Tidak betul kata kalau tak jadi anggota Majlis Syura tidak boleh bersuara, saya masih boleh bersuara sebagai anggota biasa akar umbi parti. Saya mahu perjuangan asal Pas kekal, bukan sewenangnya dicairkan ikut kemahuan rakan pembangkang lain.

"Pas sebelum adanya pakatan pembangkang ini punyai kekuatan bagi berdiri dan maju sendiri sebagai sebuah parti yang perjuangkan Islam. Namun kekuatan itu dicairkan sedikit demi sedikit demi memenuhi kehendak pakatan itu," katanya kepada pemberita di kediamannya di Bandar Bukit Mahkota, Kajang di sini.

Isnin lepas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Nasharuddin masih kekal anggota Pas walaupun dipecat daripada Majlis Syura Ulama Pas, dan Nasharudin juga tidak disenarai sebagai calon Pas pada pilihan raya umum ke-13.

Nasharudin berkata, beliau menyertai Pas kerana parti itu dahulunya sentiasa konsisten memperjuangkan isu Islam.

"Mutahir ini dilihat kepentingan politik itu diambil kira terlebih dahulu.

Ia semakin melampau apabila semakin menghilangkan identiti Pas sebagai parti yang sentiasa konsisten memperjuangkan Islam, malah mula menenggelamkan suara akar umbi yang mahu perjuangan Islam itu di depan," katanya.

Mengenai pemecatannya daripada Majlis Syura, beliau berkata: "Saya akur dengan keputusan majlis itu, tetapi sehingga kini selepas lebih dua minggu saya hanya mengetahuinya melalui media tanpa apa-apa surat rasmi... saya juga ingin tahu apa status keanggotaan saya sekarang."

Ditanya adakah pemecatan beliau dan tindakan tidak meletakkan beliau sebagai calon Pas pada PRU13 berkait dengan golongan 'parasit Pas', Nasharudin berkata, pendirian Pas tentang sesuatu isu kini melanggar dasar utama parti hasil perbuatan parasit itu dan tidak menolak kemungkinan pemecatannya memudahkan usaha 'pelanggaran' itu.

Mengulas tindakan beliau mengikut lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini dan Makkah tidak lama dahulu sehingga menimbulkan kontrovesi di kalangan penyokong pembangkang, Nasharudin berkata, tindakan itu adalah perjuangan untuk membela nasib umat dan agama Islam.  

"Ini adalah sumbangan saya untuk negara, tidak kira Umno, BN (Barisan Nasional) atau Pas, sekiranya ada peluang bagi saya membela nasib umat Islam dan memperjuangkan Islam, saya akan ambil.

"Pihak Umno dan BN menerima pendirian saya ini dengan tangan terbuka, mereka tidak kisah saya orang Pas. Sebagai seorang rakyat Malaysia bila negara mahukan saya menyumbang demi kemajuan Islam dan rakyat, saya terima dengan hati terbuka," katanya.

Nasharudin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau menerima habuan daripada Umno dan BN untuk berpaling tadah sambil menegaskan perjuangan Islamnya tidak boleh dijual beli. - Bernama

Bekas pemain Selangor Ezmi kembali ke rahmatullah



AMRULLAH ABDUL KARIM
2 Februari 2013
Mohd Ezmi Mad Jan
Kanser dialami merubah wajah Mohd Ezmi.
BATANG KALI - Bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 36, yang menderita akibat barah hidung meninggal dunia jam 1.43 pagi tadi.

Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sentosa setelah dilaporkan muntah darah lewat petang semalam dan menghadapi masalah untuk membuang air besar.
Bapanya, Md Jan Nipang, 67, berkata, tahap kesihatan anak sulungnya itu menurun sejak sebulan lalu dan tidak menjamah makanan dalam tempoh tersebut menyebabkan berat badannya susut.
"Semalam lebih kurang jam 5.15 petang Mohd Ezmi mengalami muntah darah yang banyak dan tidak berhenti sehingga jam 8 malam.

"Selepas dilihat reda, dia sekali lagi muntah darah sampailah habis waktu Isyak kemudian dia direhatkan selepas itu," kata beliau ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Batang Kali di sini.
Katanya, melihat keadaan Mohd Ezmi yang tidak stabil ahli keluarnya bersilih ganti menjaganya.

Menurutnya, kira-kira jam 12.30 tengah malam Mohd Ezmi mengadu mahu membuang air besar dan dipapah ke bilik air, namun terjatuh di bilik air.
"Saya memapahnya kembali ke katil tapi dia tidak dapat buang air besar ketika itu.
"Lebih kurang jam 1 pagi dia sekali lagi mahu buang air besar tapi disebabkan keadaannya yang tidak bermaya, kami hanya sediakan besen untuknya membuang air di tepi katil. Tapi selang setengah jam Mohd Ezmi disahkan meninggal dunia," katanya.
Katanya, jenazah anaknya selamat dikebumikan kira-kira jam 11 pagi tadi.

Turut hadir ke tanah perkuburan tersebut, bekas rakan sepasukan arwah, Aiman Firdaus Tan, 36, bersama kira-kira 30 rakan lain yang bersama-sama dalam pasukan bawah 20 tahun Selangor dahulu.
Allahyarham Mohd Ezmi menghidap barah hidung sejak lima tahun lalu dan telah menjalani pembedahan serta melalui beberapa rawatan susulan di hospital termasuk kaedah tradisional.

Beliau pernah bermain dengan pasukan Selangor sebagai ketua pasukan, Perlis dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan merupakan bekas kakitangan MPSJ.

85,000 syiling bayar denda




2 Februari 2013
BAKU - Aktivis prodemokrasi di Azerbaijan membayar denda AS$8,280 (RM26,000) dalam bentuk 85,000 keping wang syiling, menurut media, kelmarin.

Beliau menyerahkan syiling seberat 400 kilogram itu kepada perbendaharaan negeri selepas mahkamah mengenakan denda ke atasnya kerana menyertai protes awal bulan lalu.

"Kami berjaya memperoleh sokongan banyak pihak menerusi kempen sebelum ini kerana ribuan orang membuat sumbangan untuk membayar denda tersebut," kata salah seorang penganjur, Narmin Ragimova.

Walaupun jumlah denda itu kecil, tetapi ia tetap dianggap simbol perpaduan sosial bagi penentang rejim Presiden Ilham Aliyev. - AFP

Syria, Iran ancam serang balas




2 Februari 2013
DAMSYIK - Syria dan sekutu kuatnya, Iran, kelmarin mengancam untuk melancarkan serangan balas ke atas Israel.

Amaran itu dilihat akan meningkatkan lagi ketegangan di rantau tersebut selepas Israel membedil konvoi yang dipercayai membawa senjata antipesawat untuk pejuang Hizbullah di Lubnan, Rabu lalu.

Duta Syria ke Lubnan, Ali Abdul-Karim berkata, Damsyik ada 'kejutan' untuk Israel.

Bagaimanapun, Abdul-Karim tidak memberi tarikh sebenar serangan balas itu akan dilancarkan kerana ia bergantung kepada persediaan pihak berkuasa.

Sementara itu, agensi berita Fars melaporkan Timbalan Menteri Luar Iran, Hossein Amir Abdollahian turut memberi amaran bahawa sebarang serangan susulan ke atas Syria akan mendatangkan kesan besar kepada Tel Aviv. - AP

2 maut, 10 cedera di selatan Thai




2 Februari 2013
BANGKOK - Dua pesawah dilapor terbunuh sementara 10 yang lain cedera apabila mereka diserang hendap di Pattani semalam.

Ketua Polis Yaring, Kol Manat Nakatan hari ini berkata, mereka dalam perjalanan dengan sebuh pikap apabila empat orang bersenjata M-16 yang menaiki dua motosikal menyerang mereka di Kampung Baloi, Yaring pada pukul 4.30 petang.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Nai Sane Khunneng, 50, dan Nai Akarin Homchai, 25.

Pemandu pikap tersebut yang cedera membawa para mangsa dengan kenderaannya hingga ke Hospital Yaring.

Kesemua yang cedera termasuk seorang wanita kemudiannya dipindahkan ke Hospital Pattani.

Lebih 5,000 orang terbunuh sejak puak pemisah yang disyaki meneruskan kempen mereka untuk mendapatkan kemerdekaan di tiga wilayah selatan Pattani, Yala dan Narathiwat sejak sembilan tahun lalu. - Bernama