Thursday, August 8, 2013
Mujur sangat UMNO BN Selangor di bawah pimpinan Najib gagal untuk merampas Selangor di dalam PRU13 yang lalu
Mujur sangat UMNO BN Selangor di bawah pimpinan Najib gagal untuk merampas Selangor di dalam PRU13 yang lalu. Jika tidak, habis disapunya dan lunyailah wang rezab Selangor yang 3 billion itu.Walaupun Menteri Besar S'ngor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seorang yang gagap & kedekut duit tetapi beliau telah berjaya menguruskan kewangan negeri di tahap yg terbaik & beramanah.
Islam menggalakkan sifat sederhana dalam perbelanjaan dan penggunaan bukannya spt puok2 UMNO-BN.
p/s: Pasti puok2 UMNO S'ngor khususnya & KERAjaan-NAJIB amnya 'MELELEH AIR LIUR' sampai ke lantai kerana gagal merampas balik negeri S'ngor.
http://www.selangorku.com/
Sami Tibet bakar diri sebagai tanda protes
GAMBAR fail penunjuk perasaan Tibet semasa kejadian di Katmandu pada 13 Februari lalu.
KATMANDU - Seorang sami Tibet membakar dirinya di sini semalam, yang dipercayai sebagai protes terbaharu terhadap pemerintahan China di negara mereka.
Jurucakap polis, Manoj Chetri berkata, lelaki terbabit melakukan aksi ngeri itu berhampiran stupa Boudhanath di pinggir timur laut Katmandu.
Dia kemudian dibawa ke Hospital Universiti Tribhuwan dalam keadaan kritikal dan hampir keseluruhan tubuhnya terbakar.
Sami itu dilapor membakar dirinya di sebuah lorong jauh daripada orang ramai.
Anggota polis dan penduduk tempatan memadamkan api dengan alat pemadam api dan membawanya ke hospital.
Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan mengenai punca kejadian.
Insiden berkenaan merupakan kejadian bakar diri kedua melibatkan rakyat Tibet di Nepal pada tahun ini.
Seorang penunjuk perasaan rakyat Tibet yang membakar dirinya pada Februari lalu telah meninggal dunia.
Beribu-ribu pelarian Tibet tinggal di Nepal dan kebanyakan mereka menetap sekitar Boudhanath yang dikelilingi biara Buddha.
Lebih 100 penduduk Tibet telah membakar diri sejak 2011 bagi menentang pemerintahan China atau mendesak pemimpin Tibet dalam buangan, Dalai Lama kembali ke Tibet.
China mendakwa Dalai Lama sebagai penghasut beberapa siri bantahan. Namun, beliau menafikan tuduhan tersebut. - AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0808&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2bKNqggSF
Hakcipta terpelihara
Wednesday, August 7, 2013
Lolos daripada Abu Sayyaf

Gambar bertarikh 7 Mac lalu menunjukkan Chong Wei Jie (kiri) dan sepupunya, Chong Wei Fei ketika dalam tahanan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina. - Ihsan The Star
MANILA 6 Ogos - Seorang ahli perniagaan Malaysia yang dijadikan tebusan oleh kumpulan Abu Sayyaf, berjaya melarikan diri selepas ditawan selama sembilan bulan.
Ketua polis wilayah Sulu, Abraham Orbita berkata, pasukan polis peronda menemukan mangsa yang dikenali sebagai Chong Wei Jie, 25, berjalan seorang diri dalam keadaan letih dan lesu di kampung Pasil di Indanan, di wilayah Sulu kira-kira pukul 7 pagi ini.
Orbita berkata, mangsa yang merupakan penolong pengurus ladang kelapa sawit, berjaya melarikan diri daripada tawanan kumpulan militan Abu Sayyaf tiga hari lalu, selepas mendapati ikatan pada kaki dan tangannya longgar.
Namun katanya, sepupu mangsa yang merupakan pengurus ladang kelapa sawit, Chong Wei Fei, 33, mati dalam tahanan akibat sakit yang tidak diketahui.
"Mangsa melihat badan sepupunya menggeletar sebelum berhenti bernafas," katanya.
Wei Jie dibawa ke Hospital Wilayah Sulu untuk menerima rawatan sebelum dipindahkan ke Zamboanga City untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut Orbita, kedua-dua mangsa bersama beberapa pekerja ditahan oleh lima lelaki berpakaian tentera, dua daripadanya bersenjatakan raifal M-16, ketika mereka sedang memeriksa rumah sarang burung di sebuah ladang kelapa sawit di Lahad Datu, Sabah pada 13 November lalu berdekatan Kampung Manakayan.
Anggota militan tersebut mengarahkan kesemua pekerja menyerahkan telefon bimbit dan barangan berharga sebelum melepaskan mereka, manakala Wei Fei dan Wei Jie dibawa ke Sulu menerusi Laut Celebes menggunakan bot laju.
"Militan Abu Sayyaf pada mulanya meminta wang tebusan sebanyak AS$230,000 (RM741,200) daripada keluarga mangsa.
"Namun jumlah tersebut dikurangkan kepada AS$46,000 (RM148,240) selepas ahli keluarga mangsa tidak mampu membayar jumlah yang diminta," katanya.
Militan Abu Sayyaf terkenal dengan kekejaman memenggal kepala tebusan, serangan bom, penculikan dan peras ugut.
Kumpulan berkenaan disenarai sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat, yang membantu tentera Filipina untuk menghapuskan militan tersebut. - AP/AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130807/lu_01/Lolos-daripada-Abu-Sayyaf#ixzz2bIH26f4M
© Utusan Melayu (M) Bhd
Lolos daripada Abu Sayyaf

Gambar bertarikh 7 Mac lalu menunjukkan Chong Wei Jie (kiri) dan sepupunya, Chong Wei Fei ketika dalam tahanan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina. - Ihsan The Star
MANILA 6 Ogos - Seorang ahli perniagaan Malaysia yang dijadikan tebusan oleh kumpulan Abu Sayyaf, berjaya melarikan diri selepas ditawan selama sembilan bulan.
Ketua polis wilayah Sulu, Abraham Orbita berkata, pasukan polis peronda menemukan mangsa yang dikenali sebagai Chong Wei Jie, 25, berjalan seorang diri dalam keadaan letih dan lesu di kampung Pasil di Indanan, di wilayah Sulu kira-kira pukul 7 pagi ini.
Orbita berkata, mangsa yang merupakan penolong pengurus ladang kelapa sawit, berjaya melarikan diri daripada tawanan kumpulan militan Abu Sayyaf tiga hari lalu, selepas mendapati ikatan pada kaki dan tangannya longgar.
Namun katanya, sepupu mangsa yang merupakan pengurus ladang kelapa sawit, Chong Wei Fei, 33, mati dalam tahanan akibat sakit yang tidak diketahui.
"Mangsa melihat badan sepupunya menggeletar sebelum berhenti bernafas," katanya.
Wei Jie dibawa ke Hospital Wilayah Sulu untuk menerima rawatan sebelum dipindahkan ke Zamboanga City untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut Orbita, kedua-dua mangsa bersama beberapa pekerja ditahan oleh lima lelaki berpakaian tentera, dua daripadanya bersenjatakan raifal M-16, ketika mereka sedang memeriksa rumah sarang burung di sebuah ladang kelapa sawit di Lahad Datu, Sabah pada 13 November lalu berdekatan Kampung Manakayan.
Anggota militan tersebut mengarahkan kesemua pekerja menyerahkan telefon bimbit dan barangan berharga sebelum melepaskan mereka, manakala Wei Fei dan Wei Jie dibawa ke Sulu menerusi Laut Celebes menggunakan bot laju.
"Militan Abu Sayyaf pada mulanya meminta wang tebusan sebanyak AS$230,000 (RM741,200) daripada keluarga mangsa.
"Namun jumlah tersebut dikurangkan kepada AS$46,000 (RM148,240) selepas ahli keluarga mangsa tidak mampu membayar jumlah yang diminta," katanya.
Militan Abu Sayyaf terkenal dengan kekejaman memenggal kepala tebusan, serangan bom, penculikan dan peras ugut.
Kumpulan berkenaan disenarai sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat, yang membantu tentera Filipina untuk menghapuskan militan tersebut. - AP/AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130807/lu_01/Lolos-daripada-Abu-Sayyaf#ixzz2bIH26f4M
© Utusan Melayu (M) Bhd
India tuduh Pakistan tembak tenteranya
SRINAGAR, India 7 Ogos - India hari ini menuduh tentera Pakistan membunuh lima anggota tenteranya di Kashmir, beberapa hari selepas bersedia untuk menyambung semula rundingan damai.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130807/lu_08/India-tuduh-Pakistan-tembak-tenteranya#ixzz2bHl5CqrI
© Utusan Melayu (M) Bhd
Walaupun tentera Pakistan menafikan sebarang penglibatan dalam serangan itu, tentera India berkata lima anggotanya terbunuh petang semalam di sebuah pangkalan yang terletak kira-kira 200 kilometer di selatan Srinagar.
Tentera Pakistan menyerang pangkalan India, melanggar gencatan senjata itu dan membunuh lima anggota tentera kami," kata seorang pegawai kanan India yang enggan menyatakan namanya. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130807/lu_08/India-tuduh-Pakistan-tembak-tenteranya#ixzz2bHl5CqrI
© Utusan Melayu (M) Bhd
Innalillah, menjelang aidulfitri, pemimpin muslim di Pattani mati ditembak
#PATTANI Innalillah, menjelang aidulfitri, pemimpin muslim di Pattani mati ditembak
Seorang pemimpin Muslim yang dipandang sebagai tokoh utama dalam usaha untuk menamatkan pertengkaran berdarah di selatan Thailand mati ditembak. Insiden ini meningkatkan kebimbangan mengenai masa depan rundingan damai kerajaan Thailand dengan warga Muslim selatan negara itu.
Imam Yacob Raimanee dari Pattani Central Mosque - rumah ibadah utama umat Islam di salah satu daripada beberapa wilayah selatan yang dilanda kekerasan - ditembak mati pada petang Isnin semalam (5/8/2013) di bandar Pattani, pihak polis mengatakan.
Pembunuhan itu terjadi meski sudah kesepakatan antara Thailand dan pejuang Muslim dari daerah tersebut untuk cuba mengelakkan pertumpahan darah selama bulan suci Ramadhan, yang berakhir minggu ini.
Pertempuran di wilayah yang didominasi Muslim di selatan Thailand dilaporkan telah mengorbankan lebih dari 5.700 jiwa sejak tahun 2004.
Wilayah-wilayah selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat dulunya sebahagian daripada kesultanan mandiri Melayu sampai dijajah oleh Thailand Buddha pada tahun 1909. Kira-kira 80 peratus penduduk wilayah itu adalah Muslim berbahasa #Melayu.
AS pintas perbualan pemimpin al-Qaeda
Washington: Pintasan perbualan antara pemimpin kanan al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri dan pemimpin sekutu kumpulan itu di Yaman menjadi punca kedutaan Amerika Syarikat di luar negara ditutup dan amaran perjalanan global dikeluarkan.
Akhbar New York Times dalam edisi onlinenya berkata, komunikasi elektronik minggu lalu mendedahkan al-Zawahiri mengarahkan Nasser al-Wuhayshi, ketua al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP), melakukan serangan seawal Ahad lalu.
Cable News Network (CNN) pula melaporkan, Zawahiri menyuruh Wuhaysh melakukan sesuatu menyebabkan pihak berkuasa di sini dan Yaman bimbang serangan pasti berlaku.
Kedutaan ditutup
Berikutan itu, 24 kedutaan Amerika ditutup di seluruh Asia Barat Ahad dengan 19 ditutup sehingga Sabtu ini.
AQAP dilihat sebagai francais rangkaian pengganas paling berkebolehan selepas pemusnahan kepimpinan utama al-Qaeda di Afghanistan dan Pakistan beberapa tahun lalu.
Kumpulan berpusat di Yaman itu cuba melakukan serangan di Amerika, termasuk cubaan menjatuhkan sebuah pesawat penumpang pada 2009 oleh seorang lelaki membawa bahan letupan dalam seluar dalam selain komplot menghantar bom disembunyi dalam mesin pencetak.
Amerika sebaliknya melancarkan serangan menggunakan pesawat kawalan jauh di Yaman.
Serangan awal pagi semalam itu kena sebuah kenderaan, mengorbankan empat suspek militan al-Qaeda warga negara itu, kata sumber.
Amaran global
Tidak jelas jika serangan itu dikaitkan dengan amaran global. Pihak berkuasa Amerika jarang bercakap mengenai program serangan pesawat kawalan jauh.
Beberapa sekutu Amerika termasuk Britain, Perancis, Jerman dan Norway turut mengumumkan penutupan beberapa kedutaan mereka di rantau itu.
Ia termasuk 15 kedutaan atau konsulat yang ditutup Ahad lalu selain empat konsulat lain ketika ulang tahun ke-15 serangan al-Qaeda ke atas kedutaan Amerika di Afrika Timur turut diingati.
Pembuat dasar di Washington menggambarkan tahap ancaman sebagai amat serius, dengan sesetengah menyamakannya dengan serangan 11 September 2001. - AF
Pilihan raya buang masa

Pemimpin Taliban anggap undian 2014 drama penipuan
Kabul: Pemimpin Taliban, Mullah Omar (gambar) semalam menyifatkan pilihan raya Afghanistan yang bakal diadakan tahun depan sebagai 'membuang masa'.
Penyertaan kumpulan etnik Pashtun, yang paling banyak memberi sokongan kepada Taliban dilihat sebagai penting kepada kejayaan pilihan raya presiden yang dijadualkan berlangsung pada 5 April.
Undian berkenaan akan menjadi satu ujian penanda aras sejauh mana Afghanistan mencapai kemajuan sejak kejatuhan rejim Taliban pada 2001.
Amerika Syarikat serta penderma asing lain sudah berkata undian terbabit adalah penting kepada masa depan negara itu selepas pengunduran tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tahun depan.
Capai persefahaman
“Mengenai drama penipuan menggunakan nama pilihan raya 2014 ini, rakyat kita tidak akan memenatkan diri mereka sendiri dan tidak akan menyertainya.
“Penyertaan pilihan raya seperti ini tidak lebih daripada hanya sekadar membuang masa,” kata Omar.
Pemimpin yang jarang kelihatan di khalayak ramai itu mengeluarkan kenyataannya melalui internet menjelang sambutan Aidilfitri esok di Afghanistan.
Pun begitu, Omar juga menawarkan harapan untuk keamanan selepas 12 tahun berjuang dengan mengatakan bahawa Taliban yang melindungi al-Qaeda ketika pemerintahan di Afghanistan sejak 1996-2001, tidak akan dapat kuasa penuh.
Mahu terus rundingan
“Taliban tidak memikirkan bagaimana untuk memonopoli kuasa. Sebaliknya, kami percaya dengan langkah mencapai persefahaman dengan penduduk Afghanistan mengenai sebuah kerajaan Afghanistan berlandaskan Islam,” katanya.
Sementara itu, Omar juga berkata, kumpulannya sedia meneruskan rundingan dengan kerajaan Afghanistan dan Amerika Syarikat untuk memulihkan keamanan di negara itu.
Tetapi, dalam emel yang sama, Omar menggesa anggota Taliban terus menentang askar asing di negara itu. - AFP/AP
mesirkini
#Mansurah 7 Ogos 2013Malam tadi ketika para penyokong Dr.Mursi sedang menunaikan solat fardu Isyak di perkarangan Olympic Village Istad Gamaah, sekali lagi berlaku serangan ke atas rakyat yang sedang beribadah.
Perkarangan Olympic Village biasanya akan ditutup dari lalu lintas kenderaan untuk dijadikan ruang solat. Pergelutan bermula apabila ada pemandu tidak berpuas hati terhadap sekatan tersebut. Rempuhan mereka dihalang oleh pemuda-pemuda yang mengawal kawasan himpunan & mereka mula bertindak melontarkan kaca & batu-batu jalanan ke arah peserta himpunan.
Sejurus selepas itu, pasukan keselamatan (Amnu Markazi) & samseng melancarkan serangan ke arah himpunan pro-Mursi dengan gas pemedih mata & peluru hidup sehingga menyebabkan ramai dari kalangan mereka lari menyelamatkan diri ke syari' berdekatan.
Sayyid 'Aisawi (baju purple) yang dipercayai mengetuai perancangan beberapa siri serangan sebelum ini, dilaporkan cedera terkena 3 tembakan di kepala, dada & lengan kiri. Mangsa dikejarkan ke Mustasyfa Ad-Dauli. Menurut Dr.Amjad Ad-Durainy, kondisi Sayyid 'Aisawi tidak begitu baik & perlukan imbasan CT segera sebelum dipindahkan ke bilik bedah.
Menurut saksi, 5 yang lain dari pro-Mursi turut tercedera dalam pertempuran tersebut. Pihak keselamatan menangkap 4 orang sekurang-kurangnya dalam kalangan peserta himpunan, antaranya Ahmed Saad Hasanin (Jurutera) & saudaranya Muhammad Saad Hasanin.
**Terbaru, seorang telah gugur syahid, Mamdouh Kasber dari Dikirnis selepas menjadi sasaran tembakan peluru hidup malam tadi.
Perarakan bantahan rampasan kuasa tentera besar-besaran
Perarakan bantahan rampasan kuasa tentera besar-besaran yang kini berlangsung menuju ke Salah Salem.Sumber : نبض رابعة
#mesirkini
Tuesday, August 6, 2013
PANCARAN SENYUM RASULULLAH SAW.

Salah seorang sahabat, Abdullah bin Harits Ra., pernah menuturkan tentang Rasulullah Saw.: “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Saw.” (HR. at-Tirmidzi).
1. Senyum adalah Sedekah
Suatu ketika, seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya kepada Rasulullah Saw.: “Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang bisa kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya?”
Rasulullah Saw. bersabda: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR. At-Tirmidzi dari Abu Dzar Ra.).
2. Senyum adalah Ibadah
Rasulullah Saw. bersabda: “Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” (HR. At-Trimidzi, Ibnu Hibban dan al-Baihaqi).
Rasulullah Saw. bersabda: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apapun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu.” (HR. Muslim).
Diantara anak-cucu Rasulullah Saw. yang senantiasa menampakkan keceriaan dalam senyuman adalah ulama Ahlul Bait kenamaan dari Hadramaut Yaman, yakni al-Musnid ad-Da’i Ilallah al-Habib Umar bin Hafidz. Berikut ini sedikit liputan dari Romo Kyai Muhajir Madad Salim (https://www.facebook.com/
Beliau mengatakan: “Al-Habib Umar bin Hafidz selalu tidak mau kalah, setiap kali bermushafahah (bersalaman), beliau akan selalu melebarkan senyumnya. Karena yang paling basyasyah di saat mushafahah ialah yang paling banyak pahalanya. Ah, yang penting pernah nyium tangan suci beliau dah untung kite. Aamiin.”
Keterangan foto: Kyai Muhajir Madad Salim saat mencium tangan yang mulia al-Habib Umar bin Hafidz BSA.
Mari kita senyum...
http://
Kereta api dibom di Pakistan, kanak-kanak maut
LAHORE 6 Ogos - Seorang kanak-kanak maut dan 13 orang lagi cedera selepas sebuah kereta api penumpang dibom di Pakistan, semalam.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130806/lu_02/Kereta-api-dibom-di-Pakistan-kanak-kanak-maut#ixzz2bBwqy6gM
© Utusan Melayu (M) Bhd
Letupan itu berlaku ketika kereta api Shalimar Express yang dalam perjalanan dari timur bandar Lahore ke Karachi melalui kawasan padang berhampiran bandar Toba Tek Sing di wilayah Punjab.
Serangan ini merupakan perbuatan pengganas. Bahan letupan dipercayai diletakkan di dalam tandas di dalam kereta api itu," kata Menteri Perkhidmatan Kereta Api, Saad Rafique kepada wartawan.
Rakaman televisyen menunjukkan letupan berkenaan menyebabkan bumbung kereta api itu rosak, tetapi tidak menyebabkannya tergelincir daripada landasan. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130806/lu_02/Kereta-api-dibom-di-Pakistan-kanak-kanak-maut#ixzz2bBwqy6gM
© Utusan Melayu (M) Bhd
Letupan bom di Mindanao, 6 maut
MANILA 6 Ogos - Satu letupan kuat menggegarkan bandar Cotabato di Pulau Mindanao, selatan Filipina semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang maut dan 26 lagi cedera.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130806/lu_01/Letupan-bom-di-Mindanao-6-maut#ixzz2bBwgYr6w
© Utusan Melayu (M) Bhd
Ketua Polis Cotabato, Supritendan Rolen Balquin berkata, bahan letupan dipercayai dipasang di dalam sebuah kenderaan, sama ada motosikal atau van, yang diletakkan berhampiran hospital dan sebuah sekolah di bandar itu.
Letupan berlaku di jalan yang sibuk dan setakat ini enam orang disahkan maut," katanya kepada stesen radio tempatan, DXMS.
Balquin berkata, letupan yang berlaku pada waktu petang itu turut menyebabkan sekurang-kurangnya empat kereta musnah dan mencetuskan kebakaran di rumah mayat serta bengkel yang terletak berhampiran. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130806/lu_01/Letupan-bom-di-Mindanao-6-maut#ixzz2bBwgYr6w
© Utusan Melayu (M) Bhd
Bimbang ancaman keganasan

Beberapa pegawai polis berkawal di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Tokyo, Jepun, semalam. - AFP
WASHINGTON 4 Ogos - White House semalam mengadakan mesyuarat tergempar berprofil tinggi berhubung ancaman pengganas yang menyebabkan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran perjalanan ke seluruh dunia dan mengarahkan pejabat kedutaannya terutama di seluruh negara Islam ditutup sementara waktu.
Mesyuarat itu juga diadakan selepas Interpol mengeluarkan amaran keselamatan global selepas beratus-ratus militan al-Qaeda terlepas daripada penjara dan insiden serangan berani mati yang mengorbankan sembilan orang berhampiran konsulat India di Jalalabad, Afghanistan.
Mereka yang menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Penasihat Keselamatan Kebangsaan, Susan Rice itu termasuklah Setiausaha Negara, John Kerry, Setiausaha Pertahanan, Chuck Hagel dan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Janet Napolitano.
Turut hadir ialah ketua-ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA), Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), selain duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Presiden Barack Obama bagaimanapun tidak menghadiri mesyuarat itu, tetapi beliau akan diberi penerangan kemudian.
"Awal minggu ini, Presiden telah mengarahkan pasukan Keselamatan Kebangsaan untuk mengambil semua langkah perlu untuk melindungi rakyat AS ekoran potensi ancaman yang timbul atau datang dari Semenanjung Arab," menurut White House dalam satu kenyataan.
Akibat ancaman itu, Jabatan Negara AS mengarahkan 22 pejabat kedutaannya di kebanyakan negara Islam di seluruh dunia ditutup hari ini, sebagai langkah berjaga-jaga.
Jerman dan Britain turut mengumumkan penutupan pejabat kedutaan negara itu di Yemen hari ini dan esok, sementara Perancis bertindak menutupnya selama beberapa hari.
AS kelmarin turut mengeluarkan amaran perjalanan ke seluruh dunia kepada rakyatnya ekoran kebimbangan terhadap komplot serangan oleh al-Qaeda ke atas kepentingan Washington di Asia Barat dan Afrika Utara pada Ogos ini.
Menurut Interpol, 'beratus-ratus pengganas dan penjenayah terlepas' dari penjara di sembilan negara, termasuk di Iraq, Libya dan Pakistan untuk tempoh bulan lalu sahaja.
Menurut agensi polis global itu, bulan Ogos juga adalah ulang tahun serangan di India, Rusia dan Indonesia, selain menjadi ulang tahun ke-15 pengeboman Kedutaan AS di Nairobi, Kenya yang menyebabkan lebih 200 orang maut dan beribu-ribu lagi cedera. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130805/lu_02/Bimbang-ancaman-keganasan#ixzz2bBqUychv
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pemimpin Qaeda kutuk penyingkiran Mursi

Ayman al-Zawahiri
WASHINGTON 4 Ogos - Pemimpin kumpulan pengganas al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri menyampaikan mesej terbaharunya yang disiarkan dalam beberapa laman web pada hari yang sama kerajaan Amerika Syarikat (AS) memberi amaran tentang ancaman keganasan global, kelmarin.
Dalam rakaman audio selama 14 minit itu, pemimpin berusia 62 tahun berkenaan mengutuk penggulingan bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi oleh pihak tentera yang turut didakwa didalangi oleh AS dan Israel.
Katanya, golongan yang menentang, sekular, pro-Amerika, pengikut bekas Presiden, Hosni Mubarak dan beberapa ahli parti Islam yang menerima duit daripada negara-negara Teluk dan berkomplot dengan AS, kesemuanya sepakat untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Mursi.
Rakaman Ayman tersebut merupakan yang kedua disiarkan pada minggu lalu, namun rangkaian kabel televisyen CNN tidak dapat memastikan kesahihannya rakaman itu.
Pemimpin kumpulan pengganas tersebut mendakwa, pihak yang terlibat menggulingkan Mursi, sebenarnya mahukan Presiden yang sekular dan pro-Amerika untuk memerintah Mesir supaya rancangan AS dan Zionis bagi memisahkan negara itu dapat diteruskan seperti yang berlaku di Sudan.
Dalam satu lagi mesej yang disiarkan minggu ini, dipercayai dirakam pada 5 Jun lalu, Ayman mengecam AS atas layanan buruk yang diberikan terhadap tahanan di penjara tentera di Teluk Guantanamo sehingga menyebabkan banduan melancarkan mogok lapar.
Selain itu, Ayman menyeru umat Islam agar bersatu dan berjuang demi agama.
Awal pagi kelmarin, Jabatan Negara AS mengeluarkan amaran ekoran ancaman pengganas yang jelas.
Amaran tersebut dikeluarkan selepas agensi risikan AS memintas komunikasi antara anggota al-Qaeda yang membincangkan rancangan untuk melancarkan serangan ke atas kepentingan AS di Timur Tengah.
"Maklumat tentang rancangan tersebut sangat berbeza berbanding perbualan biasa," kata seorang pegawai AS yang enggan dikenali. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130805/lu_03/Pemimpin-Qaeda-kutuk-penyingkiran-Mursi#ixzz2bBq6QK6h
© Utusan Melayu (M) Bhd
Imam Pattani sokong proses damai dibunuh
Bangkok: Seorang pemimpin Islam yang memainkan peranan penting untuk menamatkan pemberontakan di selatan Thailand, mati ditembak, semalam.
Imam Yacob Raimanee mati ditembak sebelah petang di bandar Pattani, kata polis.
Beliau adalah imam Masjid Besar Pattani, rumah ibadat utama di selatan Thailand. Pembunuhan berlaku ketika Thailand dan pergerakan Barisan Revolusi Nasional (BRN) bersetuju mengelak pertumpahan darah pada bulan Ramadan yang berakhir minggu ini.
Ketua perunding Thai yang juga memimpin Majlis Keselamatan Kebangsaan, Paradorn Pattanatabut, berkata: “Kejadian itu membimbangkan.”
Penyokong rundingan damai
“Beliau adalah antara pemimpin yang menyokong rundingan damai tetapi dibunuh, jadi kami khuatir,” katanya lagi.
Kedua-dua pihak pada 12 Julai lalu mengumumkan persetujuan gencatan senjata sepanjang Ramadan.
Tetapi, selepas keadaan tenang seketika, keganasan kembali berlaku lewat bulan lalu membabitkan serangan bom dan senjata api menyebabkan sembilan orang maut termasuk guru dan polis. - AFP
Batal ampun pencabul
Rabat: Raja Maghribi, Mohammed VI menarik balik pengampunan ke atas seorang pencabul kanak-kanak dari Sepanyol selepas protes tercetus, kali pertama pemimpin negara itu berbuat demikian.
Bagaimanapun, warga Sepanyol itu yang memperkosa 11 kanak-kanak, Daniel Galvan Fina, dipercayai sudah pulang dan tidak diketahui sama ada dia akan dihantar semula ke Maghribi.
Dalam kenyataannya, Raja Mohammed memberitahu, dia mengarahkan Menteri Kehakiman bekerjasama dengan rakan sejawatannya di Sepanyol untuk melihat sama ada pengampunan itu boleh dibatalkan. - AP
Masjid Al-Azhar
Al-Azhar Mosque is considered the first architectural work constructed by the Fatimids in Egypt. It was also the first mosque ever built in Cairo, which was established by Jawhar As-Siqilli as the capital of the Fatimid State. As-Siqilli began to build the mosque in Jumada Awwal 24, AH 1395 (April 4, 970 CE). Then, when the mosque was fully constructed, it was opened for Prayer in Ramadan 7, AH 361 (June 22, 970 CE).The name Al-Jami` Al-Azhar was not the first designation of that mosque; it was first called Jami` Al-Qahirah (the Mosque of Cairo). It continued to bear that name for most of the years of the Fatimid rule. Then, that name disappeared, and the mosque acquired its new name: Al-Jami` Al-Azhar, a name that is still used until today. Later, Al-Azhar became one of the most famous Islamic institutions on earth.
However, some historians mention different reasons behind giving this mosque the name Al-Azhar. The most forceful reason that is perhaps nearest to the truth is that the utterance Al-Azhar is derived from Az-Zahraa', the epithet of Fatimah, the daughter of Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him). The name of the state itself, Fatimid, is derived from her name. Hence, Jami` Al-Qahirah have come to be known as Al-Azhar.
Inilah yang ditakuti Amerika Syarikat
Inilah yang ditakuti Amerika Syarikat, Regim Zionist dan sekutunya...sebab itu mereka berusaha untuk terus memecah belahkan kesatuan Islam di seluruh dunia.Justeru, tugas kita adalah untuk terus berjuang menegakkan Daulah Islamiah sedaya upaya.
Masa itu kian hampir, jadilah kita sebagai perintis kepada sejarah masa hadapan ini.
Janji Allah itu pasti...
- 'Mereka' merancang sesuatu...dan 'Kita' juga merancang...sebaik-baik Perancang adalah Allah...kita sandarkan kekuatan ini hanya kepada Allah....
"Jika para mujahidin berjuang menggunakan senjata api dapat menewaskan 10 orang tentera musuh. "Senjata media dapat tumbangkan 1 kerajaan zalim dengan memberi pendedahan, penerangan dan kesedaran kepada masyarakat dunia tentang apa yang sebenarnya berlaku."

Inilah Passport bagi negara-negara Islam dimasa depan insyaAllah.
GENAP 30 HARI PRESIDEN SAH MESIR DR MUHAMMED MURSI AL HAFIZ DI TAHAN...RATUSAN RIBU PENYOKONGNYA AKAN TERUS MENINGKATKAN TEKANAN!!!!!
GENAP 30 HARI PRESIDEN SAH MESIR DR MUHAMMED MURSI AL HAFIZ DI TAHAN...RATUSAN RIBU PENYOKONGNYA AKAN TERUS MENINGKATKAN TEKANAN!!!!!KAHERAH - Selepas genap 30 hari Presiden Mesir Muhammed Mursi ditahan, ribuan penyokong meningkatkan lagi protes bagi memberi tekanan terhadap kerajaan sementara diterajui Presiden sementara Adly Mansour.
Selepas sebulan Mursi ditahan, media difahamkan pemimpin itu telah dipindahkan sebanyak tiga kali ke lokasi rahsia yang dikawal ketat oleh tentera kerajaan sementara.
Sehingga kini, keluarga beliau masih belum bertemu dengannya kecuali wakil Kesatuan Eropah, Catherine Ashton dan wakil Kesatuan Afrika Alfa Omar Konari yang dilaporkan pernah bertemu beliau di lokasi rahsia.
Di Kaherah, pihak berkuasa merancang mengepung penyokong Mursi di luar Masjid Rabaah al-Adawiya dan sekitar Universiti Kaherah serta berkawal ketat di laluan keluar masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.
Dalam perkembangan terbaru, polis rusuhan melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong Mursi selepas mereka bertindak menyerang kompleks televisyen swasta di selatan Kaherah.
Seorang pegawai memberitahu, penunjuk perasaan cuba untuk menghalang lalu lintas dalam usaha menjejaskan operasi di kompleks terbabit.
“Pasukan keselamatan melakukan kepungan di kompleks berkenaan selama 48 jam dan meminta penyokong bersurai secara aman,” katanya. - AP
Posted by OMAK KAU!!!!
Manal al-Sharif, pembela hak wanita Saudi
Manal al-Sharif
Aksi berani beliau sedang memandu kereta turut dimuat naik ke dalam YouTube dan Facebook hingga menyebabkan wanita tersebut pernah ditahan sebanyak dua kali sebelum dibebaskan dengan ikat jamin selain dikenakan syarat oleh pihak berkuasa.
Namun, perkara itu tidak menjadi satu kekangan kepada beliau kerana Manal menjadi lebih lantang mengkritik kerajaan berkaitan isu yang didakwa menindas hak golongan wanita menerusi akaun Twitter miliknya. Usaha beliau turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa termasuk di Forum Kebebasan Oslo.
Arab Spring jadi inspirasi
Tindakan nekad puluhan wanita di Riyadh memandu kereta sebagai protes terhadap larangan kerajaan pada 1990 dikatakan telah menjadi titik tolak kepada kempen sama yang dilancarkan sejak beberapa tahun lalu.
Pada September 2007, pengasas bersama Persatuan Perlindungan dan Pertahanan Hak Asasi Wanita di Saudi, Wajeha al-Huwaider dan Fawzia al-Uyyouni telah mengemukakan petisyen mengandungi 1,100 tandatangan kepada Raja Abdullah atas tujuan sama, namun tidak diendahkan.
Manal melancarkan kempen Women2Drive bersama rakan aktivis lain di Facebook yang bertujuan untuk mengajak penyokong beliau memandu pada 17 Jun 2011.
Beliau menjadikan revolusi kebangkitan rakyat di Timur Tengah (Arab Spring) sebagai sumber inspirasi memperjuangkan hak wanita yang sebenarnya wajar diberi kebenaran memandu, sekali gus menamatkan undang-undang konservatif di negara tersebut.
Menjelang 21 Mei, beliau berjaya memperoleh kira-kira 12,000 sokongan menerusi kempen yang dianggap sebagai tindakan untuk menuntut hak asasi wanita dan bukan satu bentuk protes.
Wajeha turut menawarkan bantuan untuk menjayakan kempen Women2Drive itu selepas melihat kesungguhan Manal bersama rakannya.
Sehari selepas penahanan Manal, seorang lagi wanita ditahan pihak berkuasa kerana memandu kereta yang turut dinaiki dua penumpang di Ar Rass.
Bagaimanapun, dia dibebaskan selepas menandatangani dokumen yang mengandungi perjanjian supaya tidak memandu lagi.
Sebagai tanda sokongan terhadap beliau, beberapa wanita di Saudi memuat naik rakaman video memaparkan aksi memandu mereka.
Susulan daripada itu, beliau bertindak menghantar surat kepada Raja Abdullah yang turut mengandungi petisyen ditandatangani 4,500 penyokong kempen Women2Drive tersebut.
Pada 15 November 2011, Manal mengemukakan bantahan di Riyadh berikutan permohonannya untuk mendapatkan lesen memandu ditolak.
Seorang lagi aktivis wanita, Samar Badawi turut mengikut jejak Manal memfailkan bantahan sama pada 4 Februari 2012.
Lancar kempen di Twitter
Manal pernah melancarkan kempen menerusi Twitter untuk menuntut pembebasan tahanan Filipina, Indonesia dan Saudi di penjara Dammam yang ditahan hanya kerana mereka tidak mampu untuk membayar hutang.
Kempen itu ditujukan khas kepada 22 tahanan Indonesia dan empat wanita tempatan, kebanyakannya adalah pekerja domestik yang memerlukan bantuan untuk menyelesaikan hutang tersebut.
Beliau turut menyarankan sebarang bentuk derma disalurkan terus kepada Pengarah Penjara Wanita Dammam supaya hutang itu dapat diselesaikan dan kesemua mereka dapat dibebaskan.
Pada 23 Januari 2012, media pernah tersilap melaporkan kematian wanita itu di dalam nahas di Jeddah.
Bagaimanapun, The Guardian mengesahkan ia hanya khabar angin dan mangsa sebenar adalah seorang penduduk tempatan yang tidak terlibat dalam kempen memandu beliau.
Manal juga dikenali sebagai antara aktivis yang lantang bersuara kerana beliau pernah mengkritik inisiatif kerajaan dan keputusan Raja Abdullah melantik wanita sebagai penasihat Majlis Syura untuk pertama kali pada Januari lalu.
Beliau menganggap ia sebagai pembaharuan kecil kerana majlis tersebut bukan satu badan yang boleh meluluskan undang-undang.
TRIVIA
-Manal, ibu tunggal kepada seorang anak ini dilahirkan pada 25 April 1979 dan berkelulusan Sarjana Muda Sains dalam bidang komputer dari Universiti Raja Abdulaziz.
-Sehingga Mei tahun lalu, beliau bekerja sebagai Perunding Keselamatan Internet di Syarikat Minyak Saudi Aramco.
-Tersenarai dalam Top 100 Pemikir Global 2011 oleh majalah Foreign Policy.
-Majalah Forbes meletakkan beliau dalam senarai Wanita, Si Penggoncang Dunia pada 2011.
-Disenaraikan sebagai 100 Individu Paling Berpengaruh oleh majalah Time pada 2012
-Dinamakan sebagai salah seorang wanita berani oleh The Daily Beast.
-Dianggap sebagai pembela hak wanita dan perlindungan keluarga di Saudi.
-Mengasaskan beberapa kumpulan di Saudi yang memperjuangkan 'hak saya, maruah saya'.
-Menjadi salah seorang daripada tiga penerima Hadiah Vaclav Havel ketika Forum Kebebasan Oslo.
Tentera AS tembak mati guru
![]() |
| Polis melakukan pemeriksaan keselamatan di Ghazni. Foto: EPA |
Pegawai keselamatan mendakwa, tentera AS sengaja melepaskan tembakan ke arah guru terbabit yang ketika itu sedang berada di kebun anggur.
“Tentera AS juga melepaskan tembakan ke arah empat anggota polis tempatan yang ketika itu tiba untuk memberikan bantuan kecemasan. Kesemua mereka kini berada dalam keadaan kritikal,” katanya dipetik dari Press TV.
Menurutnya, susulan kejadian itu, penduduk tempatan menyelar tindakan tersebut dan mendesak kerajaan supaya mengusir segera kehadiran tentera AS di wilayah tersebut.
“Orang awam mula hilang sabar apabila setiap hari pasti berlaku serangan melibatkan tentera AS dengan penduduk tempatan. Hampir sedekad, kejadian ini berulang kali berlaku,” katanya.
Ikhwanul Muslimin dibicara 25 Ogos
Jutaan penyokong berdoa supaya Mursi dibebaskan selepas ditahan lebih sebulan di Kaherah. Foto: EPA
KAHERAH - MESIR . Mahkamah Mesir menetapkan 25 Ogos ini sebagai tarikh perbicaraan Mursyidul Am, Ikhwanul Muslimin, dua pegawai kanan dan tiga anggota pergerakan itu dalam usaha meredakan ketegangan sejak penggulingan Presiden Muhammed Mursi.
Media melaporkan, Mohammed Badie dan dua pegawai kanan Khairat al-Shater dan Rashad Bayoumi ditahan di penjara Tora, selatan Kaherah didakwa melakukan hasutan keganasan bersama penunjuk perasaan di luar ibu pejabat pergerakan tersebut pada 30 Jun lalu.
Dalam perkembangan sama, wakil utusan antarabangsa dilaporkan bertemu dengan beberapa pegawai kanan pergerakan itu di penjara Tora.
“Mereka bertemu Khairat untuk mencari jalan menghentikan ketegangan di Kaherah,” menurut laporan Reuters.
KAHERAH - MESIR . Mahkamah Mesir menetapkan 25 Ogos ini sebagai tarikh perbicaraan Mursyidul Am, Ikhwanul Muslimin, dua pegawai kanan dan tiga anggota pergerakan itu dalam usaha meredakan ketegangan sejak penggulingan Presiden Muhammed Mursi.
Media melaporkan, Mohammed Badie dan dua pegawai kanan Khairat al-Shater dan Rashad Bayoumi ditahan di penjara Tora, selatan Kaherah didakwa melakukan hasutan keganasan bersama penunjuk perasaan di luar ibu pejabat pergerakan tersebut pada 30 Jun lalu.
Dalam perkembangan sama, wakil utusan antarabangsa dilaporkan bertemu dengan beberapa pegawai kanan pergerakan itu di penjara Tora.
“Mereka bertemu Khairat untuk mencari jalan menghentikan ketegangan di Kaherah,” menurut laporan Reuters.
SAUDI RASUAH AS-SISI USD 1 BILLION

Akhbar Amerika "Washington Time" melaporkan kenyataan seorang aktivis Saudi yang lantang memperjuangkan basmi penyelewengan, Mujtaheed bin Harith bin Humam mendakwa Raja Saudi, Raja Abdullah bin Abdul Aziz memberikan rasuah berjumlah USD 1 billion kepada Menteri Pertahanan Mesir, Abdul Fatah As-Sisi bagi menjayakan misi operasi menyingkirkan Presiden Mesir yang sah, Muhammad Mursi.
Sumber: Ikhwanonline
gambar bercerita
Gambar "Necmettin Erbakan, pengasas politik Islam di Turki dan beliau telah dilantik sebagai Perdana Menteri Turki pada tahun 1996. Kelihatan juga anak didiknya (paling kiri dalam gambar) kini Perdana Menteri Turki," Erdogan " bersama-sama dengan ahli kumpulan parti politik islam.Kejayaan tidak akan datang selepas pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu. Semoga Allah merahmati kepimpinan Erdogan.
Gambar sejuta makna.
Gambar sejuta makna.Tanya diri anda, kenapa lelaki ini sanggup meninggalkan keselesaan hidup di rumahnya dan tidur di atas jalanraya serta berbumbungkan langit ?
Semuanya kerana Allah dan Al Haq!
Sumber: رائد صلاح
#mesirkini
Subscribe to:
Posts (Atom)






























