Wednesday, March 11, 2015

Hutang luar negara meningkat sebanyak 300% kepada RM740 bilion - Kementerian Kewangan



KUALA LUMPUR: Hutang luar negara Malaysia pada tahun ini mengikat sebanyak 300% kepada RM740 bilion untuk suku ke tiga tahun lepas daripada RM196 bilion akhir tahun lalu.

Perkara ini adalah jawapan bertulis dari Kementerian Kewangan yang diberikan kepada Ahli Parlimen Selayang dari PKR YB William Leong dengan mengatakan kenaikan mendadak ini adalah  akibat 'takrifan baru' hutang luar negara.

"Dua pertiga tambahan hutang itu adalah akibat ramai warga asing membeli bon Malaysia, yang kini dianggap sebahagian hutang luar negara," kata jawapan itu.

Dalam jawapan bertulis itu juga turut memberitahu bahawa jumlah hutang kerajaan pusat semasa mencecah RM582 bilion atau 54.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).


Memetik laporan Astro Awani pada akhir Jun 2013, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, jumlah hutang negara sebanyak RM284.7 bilion atau 28.8% daripada KDNK.

Menurut Ahmad Maslan, hutang negara ialah hutang yang ditanggung oleh negara berikutan pinjaman yang diperoleh oleh kerajaan dan swasta daripada punca luar.

Jelasnya, hutang negara merangkumi hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan, perusahaan awam bukan kerajaan dan sektor swasta.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) , Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz sebelum ini telah mendefinisikan semula hutang luar negaranya kepada denominasi ringgit.

Katanya, definisi hutang luar negara diambil kira bukan dalam denominasi ringgit dan langkah mendefinisikan semula diambil berikutan kemajuan yang ketara dalam pasaran kewangan Malaysia yang dianggap sudah matang. - Siakapkeli.com.my

Haron Din dipilih Mursyidul Am PAS yang Baharu Menggantikan TGNA


KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara melantik Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am parti itu yang baharu.

Dr Haron dipilih untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut selepas penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia 13 Februari lalu.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu pelantikan Dr Haron diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 8 Mac lalu di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.

"Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob dipilih memegang jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS yang baharu.

"Perlembagaan PAS menyatakan jawatan Mursyidul Am boleh dipilih oleh 15 anggota Majlis Syura Ulama (MSU) untuk tempoh lima tahun," katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Katanya, jawatan Mursyidul Am tidak terikat dengan penggal muktamar sepertimana Jawatankuasa PAS Pusat.

Sebelum ini, ada cadangan oleh pihak-pihak tertentu dalam PAS yang mahukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Mursyidul Am yang baharu. ─ Astro Awani

Polis tahan Rafizi Ramli


Oleh Mohd Fadly Samsudin
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, 6.45 petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad yang mengesahkan penahanan itu berkata, beliau ditahan berhubung perhimpunan KitaLawan yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.
Menurutnya, Rafizi, 37, ditahan mengikut Seksyen 9(5) dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan Akta Perhimpunan 2012 kerana menganjur perhimpunan tanpa kebenaran.
"Tindakan ini jelas bertentangan di bawah Perkara 5 (3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 28A Kanun Acara Jenayah," katanya ketika dihubungi, hari ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35992#sthash.RkHuzUMA.dpuf

Beli rumah, dapat tuan rumah

Jogjakarta: Seorang wanita berusia 40 tahun kini menjadi perhatian di Indonesia selepas mengiklankan rumahnya untuk dijual sekali gus sudi menjadi isteri kepada pembeli rumahnya.
Wina yang juga pemilik salun berkata, dia tidak menyangka iklannya di Internet itu menjadi ‘viral’ di media sosial, namun tegas menyatakan bukan sengaja mencari glamor.
“Saya jujur tidak mencari sensasi, memang tulus menjual rumah dan cari suami,” katanya ketika ditemubual Kompas.com, di rumahnya di Randu Gunting, Tamanmartani, Kalasan, Sleman, di sini, semalam.
Menurut Wina, dia memerlukan wang dan pada masa sama mahukan suami yang boleh melindunginya dan menjadi imam kepada keluarganya.
Katanya, dia juga bersedia berkahwin dengan pembeli rumahnya kerana ia mempunyai nilai sejarah tersendiri berikutan dibina atas kehendak arwah ibunya.
"Jika rumah ini dijual dan pembelinya jadi suami, saya tidak perlu pindah. Rumah ini nazar arwah ibu saya," katanya yang mengakui sudah ramai yang menghubungi ejen yang membantu menjual rumahnya, Dian.
Wina berkata, jika ramai calon pembeli yang berminat dan sekali gus mahu melamarnya sebagai isteri, dia akan memilih yang benar-benar baik dan bertanggung jawab.
"Ya, kalau satu tidak (perlu pilih), tapi kalau banyak, saya akan buat pilihan. Saya ingin suami yang baik dan bertanggungjawab dan boleh menjadi imam keluarga,” katanya.
Wina baru-baru ini mahu menjual rumahnya dan mengiklankannya di Internet dengan menggunakan ayat ‘Penawaran Langka Abad Ini !!! Beli rumahnya bisa mengajak pemiliknya menikah (syarat dan ketentuan berlaku) hanya untuk pembeli serius dan tanpa nego’.
Rumah berkeluasan 523 meter persegi itu mahu dijual dengan harga Rp 999,000,000.00 (RM282,601).
Wina dibantu Dian yang mencadangkan penggunaan ayat berkenaan dalam iklan yang disiarkan dan dipersetujui Wina yang sememangnya mahu mencari jodoh selepas dua kali putus cinta.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2015 @ 2:55 PM


Wina sudi menjadi isteri kepada pembeli rumahnya. FOTOihsan Kompas.com
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35969#sthash.qESzryvK.dpuf

Aktivis cadang seludup filem guna belon


Seoul: Aktivis Korea Selatan semalam berazam menyeludup 10,000 salinan filem satira Hollywood ‘The Interview’ ke Korea Utara menggunakan belon propaganda, bulan ini, tanpa mempedulikan ancaman Pyongyang.
Sebanyak 500,000 risalah politik juga dirancang dihantar melalui belon yang akan dilepaskan sekitar 26 Mac ini.
Perancangan sebelum ini oleh aktivis dan Human Rights Foundation yang berpangkalan di Amerika Syarikat untuk menghantar 100,000 salinan filem itu, Januari lalu, ditangguhkan sehingga perayaan Tahun Baru Cina, baru-baru ini.
Kumpulan itu bagaimanapun meneruskan perancangannya menghantar 100,000 risalah anti-Pyongyang.
Pelancaran belon terbaru ini menandakan ulang tahun kelima kejadian kapal perang Korea Selatan yang karam pada 2010, menyebabkan kira-kira 46 anak kapal maut.
Korea Selatan mendakwa negara jirannya itu bertanggungjawab atas kejadian berkenaan seterusnya membekukan semua pelaburan dan perdagangan dengan Pyongyang.
Seoul menegaskan aktivis berkenaan mempunyai hak dari segi demokrasi untuk menghantar risalah berkenaan, namun mengingatkan mereka tidak keterlaluan untuk mengelak kemarahan Korea Utara.
Aktivis Park Sang-Hak berkata: “Kami akan mengumumkan tarikh dan waktu operasi kami kerana bergantung kepada faktor cuaca.”
Korea Utara sebelum ini mengugut membalas dendam terhadap Park jika salinan filem itu melintasi sempadan. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36060#sthash.SIJBgoAe.dpuf

Cat khas banteras kaki kencing bersepah

SATU animasi neon yang menunjukkan perbandingan dinding biasa (kiri) dan dinding premis yang dicat menggunakan bahan hidrofobik di St. Pauli.- AGENSI


HAMBURG, Jerman – Gara-gara tidak puas hati dengan sikap pengunjung yang sering membuang air kecil di tempat awam, penduduk St. Louis di sini bertindak mengecat dinding premis dan taman permainan menggunakan cat jenis kalis air.
Cat jenis hidrofobik itu akan menyebabkan air kencing memantul semula kepada individu yang melakukan perbuatan tersebut sekali gus memberi pengajaran kepada pengunjung agar menjaga kebersihan.
Ahli jawatankuasa persatuan penduduk St. Pauli dan juga pemilik bar, Uwe Christiansen berkata, penduduk setempat sememangnya mengalu-alukan kehadiran pengunjung ke kawasan berkenaan, namun mereka tidak dapat menerima sikap suka membuang air kecil merata-rata di tempat awam.
"Kawasan ini sering dikunjungi lebih 20 juta pengunjung setiap tahun dan kami sudah lama bersabar dengan sikap individu kencing di dinding premis, taman permainan dan juga pintu-pintu rumah.
"Kami meletakkan papan tanda di beberapa kawasan supaya individu yang ingin membuang kecil di lokasi berkenaan akan berfikir dua kali sebelum melakukannya," katanya.
- AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3U34bqOYg 
Hakcipta terpelihara 

Tuala MAS ditemui 
di pantai Australia


Canberra sedang siasat kaitan dengan pesawat MH370

Penemuan tuala tertera logo MAS di sebuah pantai di Barat Australia
Penemuan tuala tertera logo MAS di sebuah pantai di Barat Australia sedang disiasat untuk menentukan apakah ia mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 yang masih hilang. – Agensi
CANBERRA 10 Mac - Sebungkus tuala kecil tertera logo syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ditemukan di pantai di Barat Austra­lia, empat bulan selepas pesawat MAS MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lepas.
Portal berita Daily Mail yang memetik Nine News melaporkan tuala lembap itu ditemukan oleh sepasang suami isteri yang sedang bersiar-siar di pantai Thirsty Point di Cervantes, 200 kilometer dari utara Perth, pada Julai lalu.
Pasangan itu menemukan bungkusan itu dalam keadaan tidak terbuka dan tanpa sebarang kerosakan.
Akhbar Daily Telegraph me­laporkan, pakar percaya terdapat kemungkinan bungkusan kecil seperti tuala itu boleh dihanyutkan dalam jarak jauh tanpa mengalami sebarang kerosakan.
Nine News juga melaporkan bahawa tuala tersebut telah dihantar ke Canberra untuk dianalisis untuk menentukan sama ada terdapat kaitan dengan misteri kehila­ngan pesawat MH370.
Dalam pada itu, penyiasat berkata, penemuan tuala tersebut mungkin tidak mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan pesawat berkenaan.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia yang mengetuai pencarian di dasar laut dan menemukan pelbagai barangan di pantai-pantai berkata, penemuan tuala kecil itu tidak akan memberi petunjuk baharu dalam usaha mencari pesawat tersebut.
“Tuala lembap berukuran 6x8 sentimeter dengan logo MAS ditemukan di Thirsty Point pada 2 Julai tahun lepas dan diserahkan kepada polis Barat Australia.
“Barang tersebut tidak mempunyai petunjuk unik yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370,’’ kata biro itu dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh media Australia.
Pesawat Boeing 777-200 itu hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Analisis data satelit menca­­dang­kan pesawat MH370 itu terhem­pas di selatan Lautan Hindi selepas kehabisan minyak. – AFP/Agensi
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tuala-mas-ditemui-8232-di-pantai-australia-1.68121#sthash.uyF16jn9.dpuf

Penduduk Indonesia serah wang kepada Kedutaan Australia


Indonesian demonstrators prepare bags of coins to be handed to
Indonesian demonstrators prepare bags of coins to be handed to the Australian embassy during a protest in Jakarta on March 10, 2015. The demonstrators denounced Australian Prime Minister Tony Abbott for his statement to Indonesia reminding Jakarta of the aid Canberra had provided during the 2004 tsunami as Australia mounted a sustained diplomatic campaign to stop the execution of Australian drug smugglers Andrew Chan and Myuran Sukumaran from going ahead, but Indonesian President Joko Widodo has refused to change course. Chan and Sukumaran are awaiting execution by firing squad in Nusakambangan prison island. AFP PHOTO / ROMEO GACAD
JAKARTA 10 Mac. – Sekumpulan penduduk Indonesia yang mengadakan tunjuk perasaan di sini hari ini menyerahkan beberapa buah beg berisi wang syiling kepada Kedutaan Australia di sini untuk diserahkan kepada Perdana Menteri negara itu, Tony Abbott.
Kumpulan penunjuk perasaan itu berkata, mereka menyerahkan semula wang bantuan kemanusiaan Australia untuk mangsa tsunami di Aceh selepas Canberra cuba menggunakan isu tersebut untuk memberi tekanan ke atas Jakarta supaya tidak meneruskan pelaksanaan hukuman mati ke atas dua warga Australia.
Kumpulan penunjuk perasaan itu turut melaung-laungkan kata-kata: ‘Tutup mulut Abbott’ dan ‘Abbott mohon maaf’.
Mereka juga memijak-mijak poster Abbott dengan pita pelekat ditampal pada mulutnya.
Abbot pada bulan lalu berkata, Jakarta perlu menghargai bantuan bernilai AS$1 bilion (RM2.83 bilion) yang disumbangkan Australia bagi membantu mangsa tsunami pada 2004 yang mengorbankan kira-kira 220,000 orang.
Kenyataannya itu bertujuan memengenakan tekanan ke atas Jakarta supaya tidak melaksanakan hukuman mati ke dua penyeludup dadah warga Australia, ­Myuran Sukumaran, 33, dan Andrew Chan, 31, yang turut dikenali sebagai ahli kumpulan ‘Bali Nine’.
Bagaimanapun, tindakan Australia itu memakan diri dan mendapat tentangan hebat di Indonesia apabila beberapa kumpulan penunjuk perasaan mula berkempen untuk mengumpul wang syi­ling bagi membayar balik bantuan Australia kepada Indonesia sebelum ini.
Pada protes itu sekumpulan kira-kira 30 pelajar menyerahkan tujuh beg plastik mengandungi syiling dan wang kertas kepada seorang kakitangan kedutaan itu berjumlah kira-kira tujuh juta rupiah (RM1,518).
“Apa yang Abbott lakukan merupakan tindakan yang tidak bermartabat. Dia sepatutnya lebih bertamadun dan beradab.
“Kami tidak pernah meminta, tapi Australia yang tawarkan bantuan. Jika kami tahu ia tidak ikhlas, kami pasti menolaknya (bantuan itu),” kata salah seorang penunjuk perasaan. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penduduk-indonesia-serah-wang-kepada-kedutaan-australia-1.68109#sthash.UG6rnqSN.dpuf

Tuesday, March 10, 2015

Pemimpin Pembangkang Rusia Dibunuh Kerana Sokong Charlie Hebdo


Diterbitkan: Isnin, 9 Mac 2015 6:36 PM
Zaur Dadayev, bekas anggota polis Chechnya mengaku bertanggungjawab di atas kematian pemimpin pembangkang Rusia, Boris Nemtsov.

> Pemimpin pembangkang Rusia Boris Nemtsov mati ditembak dari belakang minggu lalu
> Pada mulanya dia disyaki dibunuh oleh musuh politiknya
> Tetapi kini, suspek yang menembaknya adalah seorang Muslim Chechen yang kecewa kerana mangsa mempertahankan akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo
> Maklumat ini didedahkan oleh Gabenor Chechnya, Ramzan Kadyrov yang mengenali Zaur Dadayev
> Dadayev adalah salah seorang daripada lima suspek telah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan membunuh Nemtsov.
> Dadayev adalah bekas komander polis Chechnya
MOSCOW: Pemimpin pembangkang Rusia yang juga bekas timbalan perdana menteri, Boris Nemtsov yang ditembak mati minggu lalu adalah mangsa seorang bekas komander pasukan polis Chechnya yang berang kerana dia bertindak mempertahankan tindakan akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo mempersendakan Nabi Muhammad.
Perkara ini didedahkan oleh Gabenor Chechnya, Ramzan Kadyrov yang secara peribadi mengenali suspek iaitu Zaur Dadayev, salah seorang daripada lima orang yang telah ditahan polis dan dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan membunuh.
Ketika Nemtsov, 55, (gambar bawah) mati ditembak minggu lalu, media-media massa tempatan mendakwa dia telah menjadi mangsa pembunuhan politik kerana lantang mengkritik pemerintahan Presiden Vladimir Putin khususnya dalam insiden pencerobohan ke atas wilayah Ukraine oleh tentera Rusia.
Dalam pos Instagram terbarunya, Kadyrov menulis: "Mereka yang mengenali Zaur (Dadayev) akan mengesahkan yang dia adakan seorang Muslim yang sejati dan sepertimana seluruh masyarakat Islam yang lain di seluruh dunia, terkejut dengan tindak tanduk Charlie (Hebdo) dan komen-komen yang dilontarkan berhubung penggunaan kartun Nabi Muhammad."
Pada Januari baru-baru ini, pejabat akhbar tersebut di Paris telah diserang oleh dua orang yang marah dengan tindak tanduk akhbar tersebut mempersendakan Islam dan Nabi Muhammad. Serangan tersebut mengorbankan 12 orang termasuk beberapa pengarang akhbar berkenaan dan juga dua orang anggota polis.
Tidak lama selepas insiden tersebut, Kadyrov dan beribu warga Chechnya yang lain telah berarak di jalan raya di ibu negara tersebut iaitu Grozny membantah tindak tanduk akhbar berkenaan meneruskan agendanya mempersendakan agama Islam dan Nabi Muhammad.
Ramzan Kadyrov
Dalam pada itu, Kadyrov turut mengesahkan yang Dadayev adalah bekas anggota pasukan polis Chechnya dan telah berkhidmat dengan cemerlang.
Bagaimanapun, kenyataan Kadyrov itu diterima dengan penuh berhati-hati kerana dia dikenali sebagai seorang penyokong kuat Vladimir Putin di wilayah bergolak itu.
Dia dilantik oleh Putin sebagai gabenor Chechnya lebih 10 tahun yang lalu.
Pada Ahad, Dadayev dan empat lagi telah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan bertanggungjawab membunuh Nemtsov.
Dadayev mengaku bertanggungjawab di atas perbuatannya itu manakala yang lain tidak mengaku bersalah.
Mahkamah dimaklumkan yang Dadayev, 33, telah berkhidmat selama 10 tahun bersama satu batalion di bawah Kementerian Dalam Negeri Chechnya.
Selain dia, seorang lagi suspek dikenali sebagai Anzor Gubashev, yang berkhidmat dengan sebuah syarikat keselamatan di sini. Dia menafikan sebarang pengterlibatannya dalam kes tersebut.

Tuan Ibrahim Terkejut Dicalon Cabar Abdul Hadi


Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 12:22 PM
Tuan Ibrahim Tuan Man.

PENGKALAN CHEPA: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terkejut apabila beliau dicalonkan untuk mencabar presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan tertinggi itu pada pemilihan parti Jun depan.
"Saya terkejut, tetapi terharu. Bagaimanapun, saya tidak akan apa-apa lagi pada masa ini," katanya kepada The Star pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Chempaka pada Selasa.
Beliau turut enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau akan menerima atau menolak pencalonan tersebut.
"Saya akan bercakap mengenainya apabila saya telah berfikir mengenai perkhabaran ini," katanya.
Pada malam Isnin, PAS Kota Bharu mencalonkan Tuan Ibrahim untuk bertanding bagi jawatan presiden yang dipegang oleh Abdul Hadi pada pemilihan parti pada Jun.
Ketuanya, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, bahagian itu mencadangkan seorang calon bagi memegang jawatan itu berikutan keadaan kesihatan Abdul Hadi.
Menariknya, sebelum dicalonkan, Tuan Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa adalah lebih baik sekiranya tiada yang akan bertanding untuk jawatan tertinggi parti itu sebagai menghormati Abdul Hadi yang menerajui parti itu selama 13 tahun.

Azmin: Selangor batal perjanjian air


SHAH ALAM - Kerajaan Selangor membatalkan perjanjian penstrukturan air Selangor dengan Kerajaan Persekutuan selepas Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) meminta penangguhan buat kali ketiga.
 
Azmin Ali
Azmin Ali
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu dibuat kerana Kerajaan Persekutuan melanggar terma perjanjian pada September tahun lalu.
 
“Kerajaan Pusat melanggar terma perjanjian ditandatangani September 2014 menyebabkan kerajaan negeri tidak mempunyai pilihan.
 
“Ketika saya menjadi menteri besar pada September tahun lalu, saya bersedia untuk meneruskan perjanjian ini, namun Kerajaan Persekutuan gagal memenuhinya bahkan meminta lanjutan tempoh,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.
 
Beliau berkata, Selangor tidak mempunyai sebarang pilihan lain selain membatalkannya.
 
“Apa pilihan yang kita ada? Saya mahu melihat syarat baru yang mereka ingin bincangkan dengan kerajaan negeri,” katanya.
 
Keputusan drastik itu dilihat bakal menjejaskan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2.
 
Mengulas lanjut katanya, Kerajaan Persekutuan telah diberi dua kali tempoh lanjutan untuk menghormati perjanjian berkenaan iaitu pada 9 Januari dan 9 Februari tahun ini.
 
“Kerajaan Persekutuan mahu melanjutkan lagi hari ini pada 9 Mac, tetapi saya telah berkata tidak,” katanya.
 
Difahamkan, Timbalan Presiden PKR itu akan mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan dalam sidang media di Parlimen, esok.

Indra Nooyi: Wanita penggerak PepsiCo


Indra Nooyi: Wanita penggerak PepsiCo
Indra Nooyi kini bergelar Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PepsiCo sejak tujuh tahun lalu.
DI sebalik kejayaan PepsiCo, sebuah syarikat perniagaan makanan dan minuman kedua terbesar di dunia, terdapat seorang wanita yang berada di salah sebuah kedudukan tertinggi dalam pucuk pimpinan organisasi besar itu.
Mula menyertai syarikat itu pada 1994, Indra Nooyi kini bergelar Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PepsiCo sejak tujuh tahun lalu.

Nyata, segala inovasi yang diperkenalkan wanita ini membuatkan syarikat mampu menjana keuntungan berbilion ringgit. Selain itu, sembilan produk PespsiCo juga tersenarai dalam 50 makanan dan minuman terlaris di Amerika Syarikat.

Nooyi juga disenaraikan sebagai salah seorang daripada 100 wanita paling berkuasa di dunia dalam senarai Forbes, di mana beliau berada di tempat ke-13 tahun lalu.

Kehidupan awal dan kerjaya

Indra Krishnamurthy Nooyi dilahirkan pada 28 Oktober 1955 di Madras, Tamil Nadu di India. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Tinggi India Holy Angels Anglo di Madras.
Pada tahun 1974, Nooyi menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fizik, Kimia dan Matematik dari Madras Christian College dan Diploma  Lepasan Ijazah Pengurusan (MBA) dari Institute of Management Calcutta pada 1976.

Memulakan karier awal di Johnson & Johnson sebagai pengurus produk dan sebuah firma tekstil Mettur Beardsell.

Dua tahun selepas itu, iaitu pada 1978 Nooyi menyambung pengajian di Yale School of Management dan memperoleh Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Awam dan Swasta.

Ketika di Yale, Nooyi melengkapkan latihan industri musim panas dengan Booz Allen Hamilton. Selepas tamat belajar pada 1980, beliau menyertai Boston Consulting Group (BCG) sebelum memegang jawatan di bahagian strategi di Motorola dan Asea Brown Boveri.

Eksekutif di PepsiCo

Nooyi menyertai PepsiCo pada 1994 dan menjadi Ketua Pegawai Kewangan (CFO) pada 2001. Di syarikat itu, Nooyi telah mengetuai bahagian strategi global syarikat selama lebih 10 tahun dan membawa penyusunan semula PepsiCo, termasuk penyahlaburan restoran Tricon pada 1997, kini dikenali sebagai jenama Yum!.

Selain itu, Nooyi turut mengetuai pengambilalihan Tropicana pada 1998 dan penggabungan dengan syarikat Quacker Oat yang juga membawa masuk Gatorade ke PepsiCo.

Ia menjadi salah sebuah urus niaga makanan terbesar dalam sejarah korporat, sekali gus menambahkan pelbagai rangkaian produk bijirin dan makanan snek dalam empayar PepsiCo.

Menurut  Bloomberg Business, sejak beliau menjadi CFO pada 2001, hasil tahunan syarikat meningkat 72 peratus, manakala keuntungan bersih meningkat lebih dua kali ganda kepada AS$5.6 bilion (RM24 bilion).

Kejayaan yang di kecapi Nooyi juga meletakkannya di tempat paling tinggi untuk wanita kelahiran India yang berada di kalangan barisan korporat Amerika.

Anugerah dan pengiktirafan antarabangsa

Majalah Forbes menyenaraikan Nooyi di tempat keempat pada 2008, dan pada 2009 hingga 2014 disenaraikan sebagai 100 wanita paling berkuasa di dunia.

Majalah Fortune meletakkan Nooyi di tempat pertama sebagai wanita paling berkuasa dalam perniagaan pada tahun 2006 hingga 2010.

Pada 2008 juga, Nooyi dinamakan sebagai salah seorang pemimpin terbaik Amerika oleh U.S. News & World Report.

Tahun sama pada 2008, Nooyi dipilih sebagai Pengerusi Majlis Perniagaan India-AS (USIBC). Nooyi memimpin lembaga pengarah USIBC, dalam sebuah perhimpunan yang dihadiri lebih 60 eksekutif kanan yang mewakili pelbagai industri di Amerika.

Pernah diangkat sebagai CEO of the Year pada 2009 oleh Global Supply Chain Leaders Group.

Kehidupan peribadi

Kejayaan Nooyi dalam dunia perniagaan sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Susulan daripada itu, ramai pemerhati meramalkan satu hari nanti beliau akan mengetuai salah satu bahagian dalam syarikat seperti hari ini.

Difahamkan, Nooyi amat mementingkan budaya India di mana, beliau sering memakai sari ke pejabat walaupun bekerja jauh dari negara tempat lahirnya.

Ramalan bahawa pendidikan tingginya di Amerika bakal menjejaskan prospek perkahwinannya juga terbukti tidak benar apabila beliau berkahwin dengan seorang lelaki India, Raj, yang bekerja sebagai perunding pengurusan.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak perempuan.

Menurutnya, beliau sering menonton ulang tayang kejohanan Chicago Bulls untuk mengkaji konsep kerja berpasukan, dan mengaku otaknya bekerja merangka strategi 24 jam sehari.

Saya masih tak boleh terima

Putrajaya: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menerima laporan interim mengenai kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan khuatir terdapat ‘permainan teknologi’ berhubung kehilangan pesawat itu.
Beliau berpendapat adalah sesuatu yang amat pelik pada zaman ini apabila sebuah pesawat yang beratnya 230 tan boleh hilang sehingga tidak boleh dijumpai.
“Saya masih tidak boleh terima segala laporan ini. Dalam zaman komunikasi yang begitu baik, kita tidak tahu apa jadi. Sedangkan kita boleh tengok rupa bentuk kawan kita yang duduk 12,000 batu dari sini.
“Tapi pesawat ini misteri, hilang semua. Tidak pernah jadi dalam sejarah dunia. Saya khuatir ada permainan teknologi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan interim Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai pesawat MH370 yang dikeluarkan, semalam.
Dr Mahathir ditemui selepas berakhir ‘International Conference On The New World Order: A Recipe For War or Peace’ (Persidangan Antarabangsa Mengenai Orde Baharu Dunia: Resipi untuk Peperangan atau Keamanan) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.
Beliau turut menganggap dakwaan bahawa juruterbang menenggelamkan pesawat berkenaan di Lautan Hindi sebagai tidak logik.
“Saya ingat ini agak pelik. Kalau dia nak bunuh diri, dia bunuh diri tempat dia mulalah (terbang). Apa hendak bawa kapal terbang empat lima jam cari tempat paling dalam (di Lautan Hindi),” jelas Dr Mahathir.
Semalam, laporan interim yang disediakan Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai MH370, diumumkan.
Laporan itu, antara lain menyatakan pasukan berkenaan telah menemubual lebih 120 orang dan mengunjungi pelbagai badan berkaitan.
Antara yang ditemubual ialah petugas DCA, MAS, waris anak kapal, pengisi minyak pesawat, penyaji makanan untuk penerbangan, pencuci pesawat, pengendali dan operator kargo, penghantar barangan, pembekal dan penerima konsain.
Penerbangan MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac tahun lalu. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2015 @ 9:21 PM


PRESIDEN Perdana Global Peace Foudation (PGPF) Tun Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan amanat pada Persidangan Antarabangsa 'New World Order' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). FOTO Fariz Iswadi Ismail
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35733#sthash.1q6F5mbd.dpuf

‘Saya terkejut dicalon parti’

Kota Bharu: “Saya akui terkejut dan gementar selepas dimaklumkan terpilih sebagai calon,” kata calon PAS Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad yang diumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.
Ahmad Fathan, 42, berkata, dia hanya dimaklumkan oleh parti berhubung perkara itu pada Rabu lalu sebelum namanya diumumkan secara rasmi malam kelmarin.
“Sebelum itu, saya sudah mendengar khabar angin mengatakan saya terpilih, namun tidak mendapat maklumat rasmi sehinggalah pada Rabu lalu.
“Walaupun terkejut, saya sentiasa bersedia menggalas tanggungjawab sebagai calon di DUN Chempaka kerana ia tugas yang diamanahkan parti kepada saya, jadi harus saya jalankan sebaik mungkin,” katanya.
Kelmarin, PAS mengumumkan Ahmad Fathan yang juga Imam Tua Mukim Baung Besar sebagai calon bertanding dalam PRK DUN Chempaka pada 22 Mac ini.
Pengumuman dibuat Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2015 @ 8:22 AM


AHMAD Fathan (kiri) akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N.06 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35841#sthash.Qbfg3zj7.dpuf

Cerai kerana unta

Riyadh: Seorang lelaki di sini bertindak menceraikan isterinya selepas dia yakin wanita itu lebih mencintai unta yang dipelihara bapanya berbanding dirinya.
Portal berita Sada melaporkan, kejadian bermula apabila pasangan berkenaan melawat keluarga wanita itu di sini.
Lelaki itu kemudiannya bermesra dengan memberitahu dia sangat mencintai isterinya tetapi wanita itu membalas bahawa dia lebih menyayangi unta peliharaan bapanya yang dikenali sebagai Al Waleef.
Suami itu sangat terkejut dan hanya mendiamkan diri dengan kenyataan isterinya yang diluahkan di hadapan adik-beradik lelaki wanita itu.
Dalam perjalanan pulang, isterinya terus bercerita tentang Al Waleef dan mengatakan ayahnya enggan menjual haiwan itu walaupun ditawarkan harga lumayan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2015 @ 6:52 AM


GAMBAR hiasan, seorang wanita bersama seekor unta.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35768#sthash.vRfQMDlY.dpuf

Salah bakar mayat

London: Mayat seorang lelaki secara tidak sengaja dibakar pada acara pengebumian seorang pemimpin parti Konservatif MEP Britain kerana mereka mempunyai nama yang sama.
Pemimpin parti Konservatif MEP, Philip Bradburn meninggal dunia di Hospital Good di Sutton Coldfield pada 20 Disember lalu pada usia 63 tahun akibat barah usus.
Seorang lelaki juga bernama Philip Bradburn meninggal dunia di Hospital Universiti Birmingham sebelum perayaan Krismas.
Difahamkan, kedua-dua mayat dibawa ke rumah mayat yang sama untuk urusan pengebumian.
Bagaimanapun, ketika urusan pembakaran mayat pemimpin MEP itu pada Januari lalu, rumah mayat berkenaan tersilap menyerahkan mayat.
Pengarah rumah mayat dan kedua-dua hospital itu dipercayai sudah mula menyiasat kejadian berkenaan.
Seorang pegawai pemimpin itu, Alastair Little berkata, keluarga mendiang sangat terkejut dan marah dengan kesilapan berkenaan. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2015 @ 5:33 AM


BRADBURN... ahli politik.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35601#sthash.9QJWWly7.dpuf

Jalan 270km bayar nazar


Agensi
Bengkulu: Sebagai memenuhi nazarnya, Seno Agritinus Malvin akan berjalan sejauh 270 kilometer sebagai membayar nazar selepas isterinya berjaya diterima sebagai kakitangan awam tanpa perlu menyuap sesiapa.
Keputusan penerimaan Rika Aplena, 26, menjadi kakitangan kerajaan dimaklumkan kepada pasangan suami isteri itu semalam.
Seno, 26, adalah graduan lepasan Fakulti Pertanian Universiti Bengkulu.
Dia memulakan langkah pertamanya kira-kira jam 9 pagi berbekalkan pakaian dan sedikit makanan.
Tidak ketinggalan, surat kebenaran daripada polis.
Dari Bengkulu, Seno akan berjalan menuju daerah Mukomuko.
Kata Seno, dia hanya akan berjalan pada waktu siang saja dan menjangkakan misi itu dapat disempurnakan dalam tempoh 10 hari.
“Nazar saya ini adalah tanda kesyukuran, selain menyokong amalan pengambilan kakitangan kerajaan tanpa membabitkan amalan rasuah,” katanya.
Menurut Seno, sebelum ini orang ramai percaya untuk lulus ujian temu duga, seseorang perlu menyuap pihak yang berkenaan sehingga Rp200 juta (RM56,365).
Sementara itu, Rika berkata, dia dan anak tunggal mereka juga akan menyertai perjalanan itu, tetapi menaiki kereta.
“Kami akan memantau perjalanan Seno supaya semuanya selamat.
“Saya sendiri menggalakkan dia segera melunaskan nazar itu secepat mungkin,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35602#sthash.UXmUq5Zl.dpuf

Spiderman pembela nasib gelandangan



LELAKI yang memakai kostum Spiderman ini menarik perhatian umum apabila membantu golongan gelandangan. - AGENSI


BIRMINGHAM, Britain – Seorang lelaki misteri di sini yang berpakaian lengkap seperti watak adiwira labah-labah terkenal, Spiderman dirakam bermurah hati apabila sering mengagihkan sandwic kepada golongan gelandangan.
Pemuda berusia 20 tahun itu pada mulanya membeli sandwic di pasar raya Tesco dengan berpakaian normal sebelum menyarung kostum adiwira tersebut di lorong kedai bagi menyembunyikan identitinya.
Menurutnya, kostum Spiderman dipilih untuk dipakai setelah rakan-rakannya memberitahu, dia memiliki wajah seiras watak utama filem berkenaan, Peter Parker yang dilakonkan oleh aktor Tobey Maguire.
Lelaki dermawan yang mula membantu golongan susah sejak berusia 17 tahun berkata, dia gembira melihat sambutan positif terhadap usahanya itu.
"Selain dapat melihat senyuman daripada mereka yang menerima bantuan, ada juga pejalan kaki ingin bergambar dan mendapat inspirasi untuk melakukan perkara yang sama," katanya.
Spiderman dunia nyata itu juga memiliki akaun Twitter iaitu @brumspiderman bagi memudahkan orang ramai mengikuti perkembangannya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3Tx8VGcim 
Hakcipta terpelihara