Sunday, September 12, 2010

Rumah penyewa balik berhari raya hangus



ORANG ramai melihat rumah sewa peniaga ikan yang terbakar di Kampung Tersusun, Malim Nawar, Kampar, Perak semalam.


KAMPAR - Malang bagi sebuah keluarga yang menyewa di sebuah rumah separuh papan di Kampung Tersusun, Malim Nawar di sini apabila kediaman tersebut hangus terbakar semasa mereka pulang berhari raya di kampung di Negeri Sembilan semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, rumah tersebut dikatakan tiba-tiba terbakar menyebabkan orang ramai tidak sempat membantu memadamkan kebakaran.
Bagaimanapun, pihak bomba yang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke premis bersebelahan.
Menurut Pemangku Ketua Balai Bomba Kampar, Mustapa Kamal Midi, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.51 petang dan tiba di lokasi 19 minit kemudian.
"Semasa bomba tiba di rumah kedai separuh papan tersebut, ia sudah terbakar lebih 90 peratus dan kita hanya mengambil masa kurang 10 minit untuk mengawalnya," katanya ketika ditemui di sini semalam

No comments:

Post a Comment