Sunday, October 3, 2010

36 maut kereta api dirempuh di Jawa Tengah




PULUHAN pekerja penyelamat dan penduduk tempatan mencari mangsa yang terperangkap di dalam sebuah gerabak kereta api di Pemalang, Jawa Tengah semalam.


PEMALANG - Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh manakala 41 cedera apabila sebuah kereta api merempuh belakang sebuah lagi kereta api yang berhenti di stesen Petarukan, wilayah Jawa Tengah di sini semalam.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi (4 pagi waktu Malaysia) apabila kereta api Argo Bromo Anggrek memasuki landasan yang salah akibat silap faham sebelum melanggar kereta api Senja Jaya yang berada di situ.
Pengawai penyelamat, Rindang Krisnoputro berkata, siasatan awal mendapati nahas berpunca daripada faktor kecuaian manusia kerana Argo Bromo tidak mengikut jadual dan memasuki landasan bukan pada jadual waktu yang telah ditetapkan.
Tiga buah gerabak tergelincir daripada landasan. Saksi-saksi memberitahu mereka mendengar dentuman amat kuat menyebabkan ramai penduduk yang sedang tidur terjaga dan diikuti suara tangisan mangsa.
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono terkejut dengan kemalangan dahsyat itu dan mengarahkan siasatan segera dilakukan bagi menghukum pihak yang didapati sebagai cuai, jelas jurucakap pejabat presiden, Julian Aldrian Pasha.
Menteri Kesihatan, Endang Rahayu Setyaningsih turut melawat mangsa-mangsa yang ditempatkan di tiga buah hospital tempatan dan menghantar sekumpulan pakar bedah bagi merawat pesakit yang parah.

No comments:

Post a Comment