Sunday, October 3, 2010

Bantu yang terlajak

Bantu remaja hamil luar nikah 
MELAKA - Kerajaan Negeri menyambut baik hasrat isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk menambah baik Sekolah Harapan bagi remaja hamil di Jasin. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Kerajaan Negeri terharu dengan kenyataan Rosmah untuk mencari input terbaru bagi membantu remaja hamil luar nikah. 

Menurutnya, Kerajaan Negeri sentiasa bersedia menyalurkan apa juga bantuan bagi memastikan hasrat itu tercapai. 

“Lawatan Rosmah ke Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) di Belgium 5 Oktober ini, sudah tentu akan membantu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri menangani gejala sosial. 

“Kita mahukan input Rosmah, terutama berkenaan pusat ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Melaka Maju 2010 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Baru, di sini, semalam. 

Sekolah Harapan di Jasin yang memulakan operasi 17 September lalu, kini mempunyai 10 pelajar termasuk seorang pelajar bukan Islam. 

Kelmarin, media melaporkan kenyataan Rosmah bahawa penubuhan sebuah pusat perlindungan remaja hamil luar nikah adalah wajar sebagai satu kaedah menangani permasalahan sosial yang semakin berleluasa. 

Beliau dilaporkan sebagai berkata, lawatannya ke CIG akan digunakan sepenuhnya bagi mendapatkan pelbagai input untuk merealisasikan hasrat berkenaan yang kemudian akan dicadangkan kepada kerajaan.

No comments:

Post a Comment