Friday, March 4, 2011

Ada blogger hebat jumpa Najib?

SH
SEMALAM lagi saya mendengar khabar tentang seorang blogger hebat akan terbang ke Australia untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Wanita Pertama Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor. Setakat ini belum dapat maklumat dari Australia mengenai perkhabaran itu.

Sebenarnya sudah lama usaha dijalankan untuk mempertemukan kedua mereka ini. Banyak masalah dapat diselesaikan terutamanya di pihak Najib dan Rosmah kalau blogger ini berjumpa dengan Najib. Setidak-tidaknya Najib dan Rosmah kehilangan satu ekor nyamuk dari mengganggu tidur mereka.

Kalaulah pertemuan ini berlaku maka akan berlakulah satu perubahan besar dalam perang yang dilancarkan ke atas Najib oleh blogger berkenaan. Apakah blogger berkenaan bertindak seperti Amerika atau para penjual senjata kepada negara yang sedang dihimpit masalah dan berangan-angan untuk berperang?

Apapun segalanya tidak dapat disahkan. Cuma apa yang boleh diperhatikan kalau muncung pena (blog) blogger berkenaan sudah berganjak haluan dalam tempoh seminggu dua ini, bermakna adalah pertemuan itu.
Dipetik daripada blog Mohd Sayuti Omar (penulis, blogger)

No comments:

Post a Comment