Friday, March 4, 2011

Petugas hantu curi maklumat

SH
TEMERLOH - Pas mendakwa terdapat 200 petugas 'hantu' yang ditugaskan mencuri maklumat berhubung pergerakan dan strategi Pas bagi diserahkan pada pihak lawan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.
Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya menubuhkan skuad kamera seperti di Merlimau bagi memantau aktiviti sedemikian selain untuk mengenal pasti mereka yang terbabit dalam kegiatan itu.
"Mereka ini bertindak menyamar sebagai ahli Pas bagi mendapat maklumat dan bergerak untuk menimbulkan provokasi dalam kalangan pengundi.
"Perbuatan mereka ini boleh mencetuskan ketegangan dalam kalangan pengundi dan petugas parti," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, Dewan Pemuda Pas akan membuat laporan polis berhubung dengan penyamaran itu.
Tambahnya, apa yang diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.
Ini kerana katanya, perbuatan itu boleh mencetusakan suasana yang kurang harmoni antara kedua-dua parti yang bertanding.

No comments:

Post a Comment