Friday, March 4, 2011

Pemberontak diseru segera sertai rundingan

KEGELISAHAN DI BAHRAI
MANAMA (Bahrain): Sebuah parti politik Sunni di Bahrain kelmarin menyeru para pemberontak antikerajaan agar beredar dari Bulatan Mutiara di tengah bandar Manama dan segera menyertai rundingan.
Anggota-anggota parti Perhimpunan Kesatuan Nasional itu telah mengadakan perhimpunan besar-besaran yang telah dihadiri ribuan penganut Sunni bagi menunjukkan perpaduan dengan pemerintah Bahrain.'Para pemberontak harus tinggalkan mercu tanda itu dan duduk di meja rundingan. Adalah penting kita berunding dalam saat genting ini,' kata seorang pemimpin kanan parti itu, Dr Abdullatif Mahmood, dalam ucapannya kepada ribuan penganut Sunni yang berhimpun di Masjid Al Fateh di Juffair.Perhimpunan itu diadakan beberapa jam selepas pemberontak-pemberontak Syiah berarak buat kali pertama berhampiran ibu pejabat Kementerian Dalam Negeri bagi menuntut pembebasan para tahanan politik.Minggu lalu, pemimpin utama pembangkang, Shaikh Hassan Mushaima, yang pulang dari United Kingdom, berkata beliau akan meminta semua pemberontak agar beredar daripada Bulatan Mutiara yang mereka duduki sejak 19 Februari lalu 'jika terdapat jaminan daripada kerajaan bahawa mereka akan mempertimbangkan tuntutan pembaharuan politik'.Putera Mahkota Salman bin Hamad Al Khalifa telah menyeru semua pihak agar memulakan dialog segera, sambil menyatakan bahawa negara itu menghadapi kerugian dari segi kewangan dan ekonomi.Perlumbaan Formula Satu Bahrain yang dijadualkan pada 11-13 Mac ini telah dibatalkan ekoran pemberontakan itu.
yberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment