Tuesday, March 22, 2011

Seorang maut apabila bas persiaran tembung dengan lori





- Foto HARIAN METRO



BIDOR (Perak): Sebuah bas persiaran bertembung dengan dua lori di Kilometer 341.9, Lebuhraya Utara-Selatan, di sini kelmarin hingga menyebabkan seorang warga maut dan beberapa orang cedera kelmarin.
Seorang daripada 43 mangsa kemalangan jalan raya itu, Nurul Najwa Roslan, 17 tahun, berkata:'Sebaik bas kami dirempuh sebuah lori kontena dari arah belakang, saya melihat ada penumpang termasuk datuk saya dan dua kanak-kanak terpelanting selain ada yang terperosok ke bawah bas dan tersepit.'Saya dan ramai lagi penumpang hanya mampu menjerit dan menangis kerana terlalu cemas dan takut.'Bas yang dinaikinya bertembung dengan dua lori di Kilometer 341.9, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Plaza Tol Bidor, di sini, awal pagi kelmarin.Kemalangan pada 4.50 pagi itu menyebabkan datuk Nurul Najwa, Encik Sahad@Shariff Md Din, 74 tahun, maut di tempat kejadian.Sebahagian besar lagi daripada para penumpang cedera, termasuk enam daripada mereka parah dengan kebanyakannya patah kaki.Lebih memilukan lagi, kaki seorang daripada kanak-kanak berkenaan hancur selepas dihimpit bas ke pembahagi jalan di tepi lebuh raya.Difahamkan, kaki kanak-kanak yang malang itu terpaksa dipotong.Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Roslan Bek Ahmad, berkata bahawa Encik Sahad meninggal dunia di tempat kejadian, manakala enam lagi penumpang bas dilaporkan cedera parah. -- Berita Harian Malaysia. 


cyberita

No comments:

Post a Comment