Friday, July 15, 2011

Jemaah umrah kian ramai di Tanah Suci

Warga Iran paling tinggi diikuti Indonesia, Jordan, Iraq

RIYADH: Semakin ramai jemaah umrah berada di bandar suci Makkah dan Madinah menjelang bulan Ramadan bulan depan.
Musim tahunan umrah mencapai kemuncak Ramadan tahun ini ketika ramai umat Islam amat berminat mendapat ganjaran ketika bulan suci itu.
Selain itu, sejumlah besar penduduk di negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan negara Arab lebih suka menghabiskan sebahagian cuti musim panas mereka dekat tempat suci umat Islam.

Semua faktor itu menyumbang kepada peningkatan besar bilangan jemaah musim ini, menurut sumber syarikat perkhidmatan umrah.

Bilangan jemaah umrah mencapai 621,000 pada Jun (Rejab) berbanding 571,602 bulan sebelumnya iaitu peningkatan sembilan peratus.

Jumlah jemaah menggunakan khidmat udara meningkat 68 peratus membabitkan 2,145,737 ketika tahun terkini berbanding tempoh sama tahun lalu di mana ada peningkatan 17 peratus dan satu peratus dalam jumlah jemaah yang menggunakan jalan raya (531,198) dan jalan laut (28,860).
Warga Iran mengungguli senarai jemaah umrah yang sampai ke bandar suci ini pada musim umrah terkini yang bermula 19 Januari lalu (15 Safar). Sekurang-kurangnya 663,558 warga Iran menjalani ibadat umrah tahun ini menjadikan 21.17 peratus daripada jumlah jemaah umrah yang datang ke negara ini.

Rakyat Mesir ramai 374,480 jemaah berada di tempat kedua sementara Turki (342,375) dan Pakistan (331,662) menuruti di belakang. Ia diikuti jemaah Indonesia 229,110, Jordan (197,057), Iraq (198,975), India (168,013), Syria (142,828) dan Malaysia (101,362).

Tambahan 384,837 jemaah lain mewakili pelbagai warga negara juga sampai ke sini ketika musim umrah.

Dijangka hampir 30 peratus jumlah jemaah umrah pada musim ini tiba dalam tempoh sebulan bermula pertengahan Syaaban (16 Julai) sehingga separuh Ramadan, menurut sumber di sektor perkhidmatan umrah.

Kementerian Haji Arab Saudi mendedahkan tiga minggu lalu bahawa ada peningkatan 34 peratus dalam jumlah jemaah umrah tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu. Ia berkata misi Arab Saudi di luar negara melaporkan mengeluarkan 3.6 juta visa umrah ketika tempoh berkenaan.

Pihak berkuasa syarikat perkhidmatan umrah ragu-ragu dengan kejayaan musim terkini kerana gusar bakal jemaah tidak berupaya membuat kunjungan akibat pergolakan politik di beberapa negara Arab. – Agensi
Berita Harian Online | Jemaah umrah kian ramai di Tanah Suci

No comments:

Post a Comment