Friday, July 15, 2011

Keluarga rayu bantuan sedia wang rundingan

KUALA LUMPUR 14 Julai - Setelah pelbagai usaha gagal dilaksanakan, keluarga mangsa culik Mohd. Nazaruddin Saidin hari ini merayu kepada orang ramai supaya menghulurkan bantuan untuk membayar wang tebusan yang dituntut oleh penculik di selatan Filipina itu.

Menurut ibu ahli perniagaan itu, Siti Hamdah Ahmad (gambar), 60, keluarganya tidak berkemampuan membayar wang 'rundingan' secepat mungkin yang mencecah ribuan ringgit apatah lagi nilai RM5.6 juta yang dituntut bagi membebaskan Nazaruddin.

Katanya, dia sekeluarga telah berusaha dengan pelbagai pihak bagi membantu membebaskan anak sulungnya itu, namun usaha mereka menemui jalan buntu.

"Kami kini buntu dan terdesak untuk mendapatkan wang membebaskan Nazaruddin, lebih-lebih lagi mereka sudah memberikan kata dua agar memberikan wang 'rundingan' dulu selewat-lewatnya awal minggu depan.

"Kami tidak mempunyai harta dan apa yang kami harapkan kini adalah bantuan daripada rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Merbah Sempak dekat sini hari ini.

Menurut suami Siti Hamdah, Saidin Aziz, 64, keluarganya itu sekadar berniaga kuih-muih secara kecil-kecilan berhampiran jalan menuju Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, sahaja.

Mana-mana pihak yang sudi membantu, boleh menghulurkan bantuan di akaun bank CIMB milik Siti Hamdah bernombor 12290081969529.

"Bekas isteri Nazaruddin juga menumpang mencari rezeki dengan menghantar kuih-muih ke gerai ini. Oleh saya amat berharap orang luar memahami keadaan kami sekeluarga," jelasnya

Utusan Malaysia Online - Jenayah

No comments:

Post a Comment