Friday, July 15, 2011

Pisang berbuah dua kali

JELAI – Sepasang suami isteri, Rahman Mohd Ali, 67, dan Khalijah Idris, 55, dari Felda Gugusan Jelai 2, dekat sini, terkejut apabila mendapati pokok pisang yang pernah ditebang berbuah sekali lagi di tengah batangnya.

Khalijah berkata, dia tidak menyangka akan melihat sendiri peristiwa aneh itu kerana baginya adalah tidak mungkin pohon pisang yang ditebang dan sudah hampir mati berbuah semula.

“Saya dan suami pelik serta sepakat bersama jiran untuk tidak menebang pokok itu bagi melihat sejauh mana ia boleh mengeluarkan hasil kepada kami sekeluarga,” katanya.

Menurutnya, dia sudah 30 tahun menetap di Felda berkenaan, namun kejadian itu adalah kali pertama pernah dilihatnya sepanjang menetap di lokasi berkenaan.

“Bagaimanapun, saya harap tiada apa-apa pelik berlaku susulan peristiwa ini,” katanya.
SH

No comments:

Post a Comment