Wednesday, July 6, 2011

Nama Bandar Pusat Jengka ditukar

BANDAR Pusat Jengka akan dikenali sebagai Bandar Tun Abdul Razak mulai esok.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengisytiharkan Bandar Pusat Jengka, Pahang sebagai Bandar Tun Abdul Razak sempena dengan sambutan Hari Peneroka pada Khamis ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, pemilihan itu dibuat berdasarkan majoriti penduduk di kawasan tersebut terdiri daripada warga Felda yang telah berusaha dan memajukan kawasan tanah rancangan tersebut.

"Ia juga adalah selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak bahawa selain membasmi kemiskinan, Felda juga ingin mewujudkan kawasan-kawasan bandar yang sebelum ini tidak pernah difikirkan setiap orang dan ia merupakan satu manifestasi.

"Selain Bandar Pusat Jengka, kita juga sedia maklum bahawa Felda telah membangunkan beberapa bandar lain antaranya Felda Jaya Trolak, Perak; Felda Jaya Mempaga, Bentong, Pahang; Felda Jaya Raja Alias, Negeri Sembilan dan Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

"Ini membuktikan hasrat Allahyarham Tun Abdul Razak menjadikan kawasan pedalaman menjadi bandar melalui Felda, semakin memperlihatkan kemajuannya," kata beliau di lobi Parlimen semalam.

Berhubung dengan sambutan Hari Peneroka yang bertemakan Melestari Kesejahteraan Peneroka, Ahmad berkata, majlis itu dijangka dihadiri seramai 12,000 hingga 15,000 orang peneroka. - Bernama

Kosmo! Online - Negara

No comments:

Post a Comment