Thursday, August 25, 2011

14 maut hari pertama Ops Sikap Ke-24

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Hari pertama Ops Sikap Ke-24 semalam menyaksikan sebanyak 14 kematian dicatatkan dan sejumlah 1,433 kemalangan direkodkan di seluruh negara.
Berdasarkan statistik laman web rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), angka kematian itu dicatatkan menerusi 13 kes kemalangan maut yang berlaku di seluruh negara sepanjang tempoh 24 jam semalam.
Lima daripada kemalangan maut itu berlaku di jalan negeri, diikuti empat di jalan persekutuan serta masing-masing dua kejadian di lebuh raya dan jalan bandaran.
Menurut kenyataan itu lagi, penunggang motosikal mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu sebanyak enam kes, diikuti tiga pejalan kaki, masing-masing dua pengguna lori dan basikal serta seorang pengguna kereta.
Jalan bandaran merekodkan jumlah kemalangan terbanyak iaitu 579 kes, diikuti jalan persekutuan (357), jalan negeri (264), lebuh raya (138) serta lain-lain jalan (95).
Sepanjang tempoh 24 jam semalam juga, PDRM telah mengeluarkan sejumlah 10,304 saman atas pelbagai kesalahan.
Ops Sikap Ke-24 dilancarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar kelmarin sempena Hari Raya Aidilfitri dan ia akan berlangsung sehingga 6 September depan.utusan

No comments:

Post a Comment