Thursday, August 25, 2011

Polis siasat kes terima peluru hidup





2011/08/25

KUALA LUMPUR: Polis akan menjalankan siasatan kes mengenai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerima dua butir peluru hidup, di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dalam satu kenyataan berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada kira-kira 4.30 petang semalam, yang menyatakan bahawa pejabat menteri itu menerima peluru serta nota berbaur ugutan.
Semalam, pejabat menteri itu di Putrajaya menerima dua butir peluru hidup dalam sebuah sampul surat yang dihantar melalui pos kira-kira 2 petang.
Hishammuddin dilaporkan berkata sampul surat itu turut mengandungi sebuah buku yang mana di dalamnya ditebuk dan diletakkan peluru berkenaan. 

Katanya muka surat pertama buku itu mengandungi ugutan yang bertulis tangan. 
- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment