Tuesday, July 3, 2012

Briged As-Sahabah telah membentuk satu pecahan pasukan tenteranya khusus untuk menjaga para pendemonstrasi dan juga masyarakat awam.

Tanggal 1 Julai 2012, Briged As-Sahabah telah membentuk satu pecahan pasukan tenteranya khusus untuk menjaga para pendemonstrasi dan juga masyarakat awam.

Batalion tersebut dinamakan Batalion As-Sahabah Miqdad Ibn 'Amr yang akan beroperasi di Dimasyq. Hal ini berikutan, ketika mana Tentera Pembebasan Syria melakukan operasi diluar kawasan masyarakat awam, tentera regim telah menyerbu dan menyerang masyarakat awam sehingga mengorbankan ratusan syuhada'.

Wakil batalion tersebut berkata "Mereka (regim Basyar) lupa bahawa tentera Pembebasan Syria akan berada di mana-mana untuk melindungi masyarakat awam sehinggalah bumi Syam ini dibebaskan."

Teruskan doa kita semua kepada mereka. Semoga bantuan Allah sentiasa bersama mereka. Allahuakbar.
 

No comments:

Post a Comment