Tuesday, July 3, 2012

Protes bantah kepimpinan Susilo

BANDUNG - Puluhan penuntut universiti di Bandung mengadakan tunjuk perasaan membantah kepimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang didakwa gagal membanteras rasuah.

Kumpulan penunjuk perasaan itu turut menggesa Susilo menyelesaikan kes rasuah besar termasuk yang melibatkan ahli parti politik beliau.

Seorang daripada pelajar tersebut berkata, Presiden juga perlu menilai semula projek pembinaan Hotel Trans di bandar tersebut kerana ia telah menjejaskan sistem bekalan air penduduk tempatan.

Protes itu dilaporkan bertukar ganas selepas penunjuk perasaan bertempur dengan polis sehingga menyebabkan lapan cedera

No comments:

Post a Comment