Tuesday, July 3, 2012

"Saya selama-lamanya tidak akan bertemu dengan wakil kedutaan Iran kecuali setelah Iran mengubah pendirian terhadap rakyat Syria dan kami bersama perjuangan rakyat Syria.'

Beberapa hari selepas kemenangan Dr Morsy sebagai Presiden Mesir, media-media Iran memainkan isu berkenaan hubungan di antara Iran-Mesir. 

Media-media Iran juga melaporkan bahawa kononnya Dr Morsy ketika diwawancara oleh Agensi Berita Iran beberapa hari sebelum keputusan rasmi diumumkan, bahawa Dr Morsy akan mengukuhkan hubungan Mesir-Iran.

Walau bagaimanapun, jurucakap media bagi kempen Dr. Morsy, Farid As-Sayyid menafikan ucapan yang disandarkan kepada Dr Morsy tersebut. Bahkan beliau menafikan bahawa Dr Morsy pernah diwawancara oleh mana-mana agensi berita daripada negara Iran.

Menurut beliau, kita masih percaya dan yakin tidak semudah itu Dr Morsy akan menjalinkan hubungan dengan Iran setelah pendirian beliau terhadap Iran yang terang-terangan menyokong rejim Basyar. Kita masih berpegang dengan kenyataan beliau (Dr Morsy) sebelum ini iaitu :

"Saya selama-lamanya tidak akan bertemu dengan wakil kedutaan Iran kecuali setelah Iran mengubah pendirian terhadap rakyat Syria dan kami bersama perjuangan rakyat Syria.

Media Iran menipu lagi?
 —

No comments:

Post a Comment